Cara Guna Disk Cleanup

Hari ini jom kita lihat tentang penggunaan fungsi Disk Cleanup pada sistem operasi Window XP. Fungsi ini digunakan untuk membersihkan pemacu keras (hard disk) komputer anda untuk memastikan sistem komputer beroperasi dengan lebih cekap dan mengurangkan risiko terjadinya kegagalan sistem dan komputer menjadi perlahan. Anda disyorkan untuk melakukan Disk Cleanup sebulan sekali untuk prestasi komputer yang terbaik.

Langkah Demi Langkah:

  1. Untuk memulakan disk Cleanup, klik [Start] > [All Programs] dan kemudian bawa kursor tetikus ke [Accessories]. Klik [System Tools] dan akhir sekali klik [Disk Cleanup]

disk cleanup

2. Setelah dibuka, disk Cleanup sangat mudah digunakan. Langkah seterusnya, pilih pemacu (Select Drive) yang anda ingin bersihkan samaada (C:), (D:) dan sebagainya. Kemudian klik [ok].

Select drives

3. Pilih kategori fail yang anda mahu buang. kemudian klik [ok]. Sekirannya ingin melihat dahulu fail yang berada dalam recycle bin sebelum dibuang, sila klik [View Files].

View Files

Itu sahaja tutorial menggunakan peralatan Disk Cleanup. Selamat mencuba.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.