Facebook Group (FbG)

Facebook Group BPKSP

Facebook Group BPKSP

Saya pernah menulis tentang perisian Message Popup (Message Popup –Banyak buruk dari baik?) 9 bulan yang lepas yang digunakan oleh setengah penjawat awan. Topiknya sekitar kelemahan perisian tersebut. Solution kepada masalah ini pun telah dikemukakan, iaitu menggunakan email Zimbra dan chit-chat Zimbra.

Akhirnya saya menjumpai solution atau alternatif (pengganti) kepada penggunaan perisian Message Popup ini yang merangkumi pemberitahuan/makluman info dan kepilan (attachment softcopy file) iaitu Facebook Group (FbG).

Create Facebook Group

Create Facebook Group

Facebook Group boleh diwujudkan dengan 3 kategori yang dikhususkan iaitu Umum, Tertutup dan Rahsia.  Terpulang kepada tahap penggunaan kumpulan masing-masing. Jika melibatkan hal dalaman dan tidak mahu berkongsi dengan pihak-pihak yang tidak berkenaan, boleh lah dipilih kategori “Tertutup” atau “Rahsia”.  Ahli yang bukan dalam group, tidak mengetahui perkembangan yang berlaku. Ini juga menjaga kerahsiaan sesuatu kumpulan sebab di dalam Facebook kita tidak boleh “menutup mulut” orang dari memberi komen dan sebagainya.

Fungsi Facebook Group ini sama seperti Facebook individu, cuma berbeza dari segi ianya terhad kepada ahli-ahli kumpulan yang disahkan sahaja yang boleh melihat, memberi komen dan post sesuatu di wall group. Facebook terkenal dengan post imej bergambar.

Komunikasi di dalam Facebook Group ini memberi kelebihan dari segi penjimatan masa seperti notis pemakluman/pemberitahuan, edaran memo dan penjimatan penggunaan kertas dan sebagainya.

Pada 18 Mei 2012, Facebook telah menambahbaik kemudahan facebook group dengan meletakkan menu upload fail selain fail imej seperti DOC, PPT, XLS dan sebagainya. Ini menambahbaik kepada Facebook group sedia ada. Dengan kata lain, selain memberitahu kepada warga Facebook Group, kita juga boleh lampirkan (attach) fail berkaitan untuk urusan kerja terutamanya yang melibatkan perkongsian fail (working fail).

Upload fail in Facebook Group

Upload fail dalam Facebook Group

contoh upload

Contoh Upload 1

Contoh Upload 2

Contoh Upload 2

Menariknya mengenai menu baru upload fail ini, fail berkenaan boleh dikemaskini di post yang sama! Sebagai contoh, fail yang mula-mula diupload adalah menggunakan MS Office (MSO) Word versi 2007. Oleh kerana tidak semua pengguna PC menggunakan MSO versi 2007, maka fail tersebut telah ditukar ke format MSO versi 2003 dan diupload dengan hanya menggunakan menu “Upload Revision” sahaja.

Fail asal sebelum dikemaskini

Fail terkini setelah diupload menggunakan Upload Revision

Jadi gunakanlah kemudahan ICT ini semaksimum mungkin. Ini lebih baik daripada kita memeningkan kepala memikirkan sistem yang canggih dan complicated. Kejayaan Facebook Group ini bergantung komitmen penggunaan semua ahli kumpulan. Penggunaan facebook dalam urusan seharian kerja ada baik dan buruknya, namun kemudahan yang menyenangkan semua pihak perlulah diambil perhatian dan diberi perhatian!

Sekian, terima kasih.
-AIM

  del.icio.us this!

2 Responses so far »

  1. 1

    LEB said,

    May 25, 2012 @ 11:30 am

    Terima kasih sebab bagi tahu “technology update” ini!

  2. 2

    Abuya said,

    May 29, 2012 @ 7:15 am

    LEB, thank you.

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.