Pintu Masuk Ke Taman Negara

Kuala Tahan sebagai pintu masuk ke Taman Negara perlu kepada reka bentuk jeti yang sesuai untuk kemudahan pengunjung dan kemudahan membawa barangan semasa menaiki bot. Ini kerana kemudahan jeti yang sedia ada di kawasan restoren terapung kurang sesuai dari segi aspek keselesaan dan keselamatan.

Dalam membuat perancangan dan pembangunan jeti ini kelak perlu mengambilkira keadaan setempat. Ini kerana semasa musim tengkujuh arus sungai Tembeling deras dan aktiviti pelancongan dan restoren terapung tidak dapat dijalankan. Sama ada cadangan jeti tersebut boleh berbentuk ‘mobile’ atau tetap, apa yang lebih penting adalah kepentingan jeti itu kelak dapat memberi keselesaan, imej dan dapat meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke Kuala Tahan.

Kepada penduduk setempat yang ingin bersama-sama untuk memberi input kepada pembangunan Kuala Tahan, dijemput hadir semasa program publisiti awal Rancangan Kawasan Khas Kuala yang akan diadakan pada 31 Mei 2012.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.