KEMUDAHAN INFRASTUKTUR UNTUK SEMUA

Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian adalah perlu dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi masa kini. Menyedari hakikat ini, Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2) telah menyediakan rangka kerja khusus bagi penyediaan infrastruktur bersepadu di peringkat tempatan, negara dan conurbation utama negara. Perkhidmatan infrastruktur utama termasuk bekalan air, sistem pembetungan, pengurusan sisa pepejal, peparitan dan pengairan, pengedaran dan bekalan kuasa, bekalan gas asli, komunikasi dan multimedia serta pengurusan sungai dan pantai negara.

Pada masa kini, sumber tanah untuk dibangunkan semakin berkurangan. Penggunaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan rezab tapak perlu di maksimakan melalui kaedah perkongsian. RFN Ke-2 turut menekankan kepada pembangunan kemudahan infrastruktur secara lebih mampan melalui galakan penggunaan teknologi hijau melalui kaedah pembangunan secara lebih mampan dan penggunaan elemen kitar semula  seperti penggunaan bahan buangan, penuaian air hujan dan penggunaan kaedah cekap tenaga dalam pengurusan bangunan. Selaras dengan objektif kerajaan yang menekankan kepada pengagihan samarata bagi kemudahan infrastruktur, dasar RFN juga menekankan kepada matlamat untuk mengurangkan jurang digital dan penyediaan kemudahan infrastruktur di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Perkembangan teknologi kini yang memerlukan penyediaan infrastruktur juga telah diambil kira bagi menilai keperluan penyediaan loji janakuasa nuklear, penggunaan teknologi hijau, mewujudkan bandar-bandar siber dan pusat siber serta pengenalan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Agensi-agensi nasional yang bertanggungjawab bagi infrastruktur dan perancangan perkhidmatan perlu mengambilkira peruntukkan melalui RFN Ke-2 sebagai asas untuk merancang dan menyelaras penyediaan perkhidmatan infrastruktur. Agensi-agensi berkaitan tersebut juga perlu memantau badan pelaksana di peringkat negeri dan tempatan untuk memastikan program adalah konsisten dengan matlamat RFN Ke-2. Bagi bekalan air pula, infrastruktur bekalan yang bersesuaian, termasuk penyediaan loji rawatan dan penghantaran serta rangkaian pengagihan, perlu disediakan kepada semua penempatan.

Merujuk kepada sistem pembentungan pula, RFN Ke-2 menekankan kepada matlamat menyediakan kemudahan melalui sistem rangkaian secara bersepadu bagi pelupusan sisa pepejal dan penyelenggaraanya. Bagi sistem saliran pula, RFN bermatlamat untuk mengelakan dari berlakunya banjir besar, banjir kilat dan pencemaran. Bagi aset-aset strategik, loji penjanaan elektrik, penghantaran dan saluran pengedaran perlu mempunyai perletakkan strategik bagi memastikan penyediaan dan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan cekap kepada pengguna. Loji pemprosesan gas asli, sistem paip rangkaian penghantaran dan pengagihan diperlukan untuk menyediakan bekalan yang boleh dipercayai dan cekap kepada pengguna. Semua penempatan pula harus menikmati kemudahan rangkaian komunikasi dan infrastruktur yang lengkap.

Dasar RFN Ke-2 yang berkaitan :

RFN 34

RFN akan menyediakan rangkakerja spatial untuk penyampaian kemudahan infrastruktur bersepadu di peringkat nasional dan serantau dan kepada conurbation utama

RFN 35

Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerja-kerja punca bekalan, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan agihan akan disediakan untuk semua penempatan

RFN 36

Kemudahan pembetungan yang bersesuaian akan disediakan untuk semua kawasan, dengan kutipan, rawatan dan pelupusan kumbahan dan enapcemar yang mencukupi

RFN 37

Semua kawasan penempatan akan diberi khidmat oleh rangkaian pelupusan dan/ atau ambil balik sisa pepejal

RFN 38

Infrastruktur perparitan akan disediakan untuk semua penempatan untuk memastikan kejadian banjir besar, banjir kecil dan pencemaran tidak berlaku

RFN 39

Sebagai aset strategik, janakuasa elektrik, sistem hantaran dan agihan utama akan ditempatkan untuk memberi bekalan tenaga yang efisien dan keboleh harapan tinggi kepada pengguna.

RFN 40

Loji pemprosesan gas asli, rangkaian penghantaran dan agihan paip akan ditempatkan untuk menyediakan bekalan gas asli yang efisien dan keboleh harapan tinggi kepada pengguna

RFN 41

Rangkaian kemudahan dan infrastruktur komunikasi akan disediakan untuk semua penempatan

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.