Majlis Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di Negeri Kelantan

Kota Bharu 24 Mei 2012 – Majlis Perasmian bagi Menerimapakai dan Pelaksanaan 5 Rancangan Tempatan di negeri Kelantan iaitu RTJ Pasir Puteh, RTJ Tanah Merah, RTJ Machang, RTJ Kuala Krai dan RTJ Jeli telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan, Dato’ Haji Ahmad bin Haji Yaakob.

Di dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan menyentuh mengenai tanggungjawab kita sebagai khalifah di dalam memakmurkan bumi dengan perancangan yang baik dan diredhai Allah S.W.T.

Rancangan-rancangan tempatan ini menjadi rujukan utama oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) dan agensi-agensi teknikal di peringkat Jajahan, Negeri dan Persekutuan di dalam merencana dan mencorak pembangunan fizikal terutamanya di kawasan tumpuan penduduk.

Dokumen sokongan yang disediakan iaitu program pemudahcara (development facilitation) menjadi rujukan kepada setiap agensi kerajaan di dalam menyediakan kemudahan masyarakat yang diperlukan penduduk seperti yang dipersetujui bersama semasa peringkat penyediaan rancangan tempatan berkenaan.

Ucapan penghargaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan, Jabatan-jabatan teknikal sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri dan Jajahan di dalam menjayakan penyediaan Rancangan Tempatan ini.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.