Wakil Bahagian & Pejabat Projek mendapat latihan QGIS

Lanjutan keputusan Jawatakuasa Perancangan dan Pengurusan JPBD awal bulan ini, setiap Bahagian dan Pejabat Projek diarah menghantarkan wakil untuk dilatih sebagai pakar QGIS bagi pejabat masing-masing. Latihan yang diberi berasaskan kaedah Train-the-Trainer sedang dijalankan di Ibu Pejabat ¬†JPBD pada 24-26.7.2012 dan melibatkan seramai 13 peserta yang amnya sudah pun mahir dengan MapInfo. Selepas ¬†latihan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab wakil Bahagian dan Pejabat Projek masing-masing untuk melatih staf di pejabat masing-masing supaya mahir dalam penggunaan Quantum GIS (QGIS) sama ada dari aspek pemetaan maupun penganalisis data GIS. Ini akan mengurangkan beban latihan QGIS oleh BMGN. Keadah train-the-trainer tersebut adalah lebih kurang sama dengan konsep Multi-Level Marketing (MLM) dimana dalam satu masa tertentu, lebih ramai orang dapat dilatih akibat “multiplier effect” dari pewujudan lebih ramai trainer, satu langkah yang amat produktif dan menjimatkan masa. Terserah juga kepada initiatif wakil-wakil tersebut untuk memastikan semua komputer dipejabat masing-masing dipasangkan dengan QGIS memandangkan ianya adalah percuma, mudah diperolehi dari Internet dan senang serta cepat dipasang (tidak sampai 5 min.)

  del.icio.us this!

1 Response so far »

  1. 1

    Abdullah Ab. Rahman said,

    July 26, 2012 @ 2:29 pm

    Satu usaha yang baik untuk peggunaan open source…

    Tahniah kepada En. Azlan (walaupun berada di hujung)…ilmu anda amat berguna kepada bahagian.

    Selamat ber’teach-in’…

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.