Tempoh 30 Hari

Majlis Pelancaran Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tok Bali Telah diadakan pada 27 Syaaban 1433H bersamaan 17 Julai 2012 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Semerak, Pasir Puteh Kelantan. Dianjurkan bersama JPBD Semenanjung Malaysia (URP Kota Bharu, PPZR), JPBD Kelantan, MD Pasir Puteh dan MD Bachok.

Majlis pelancaran publisiti dan penyertaan awam Draf Rancangan Kawasan Khas Tok Bali ini sebagai memenuhi keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). Tempoh publisiti dan penyertaan awam selama 30 hari bermula 24 Jun 2012 sehingga 31 Julai 2012 sebagai saluran kepada orang awam untuk berkongsi idea, bantahan dan cadangan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai projek-projek pembangunan yang akan dijalankan.

Dengan membuat publisiti dan penyertaan awam ini, diharap segala perancangan yang dibuat mengikut kehendak penduduk setempat dan sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti hidup rakyat.

http://www.facebook.com/#!/RKKBANDARTOKBALI

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.