Kemeriahan Aidilfitri PPZR

Keindahan syawal dinikmati dengan penuh keredhaan dan kesyukuran pada Ilahi. Begitu juga bagi warga PPZR yang telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya pada 23 Syawal 1433 bersamaan 10 September  2012. Majlis ini diadakan di Pejabat PPZR di Tingkat 4, Bangunan Wisma Perkeso, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu.

Sebelum itu  Perhimpunan Bulanan bagi seluruh kakitangan PPZR telah diadakan yang dimeriahkan dengan nyanyian lagu Negaraku, persembahan tayangan multimedia serta penyampaian cenderahati kepada tiga pegawai PPZR yang telah bertukar iaitu En. Annai Minsai, Cik Jeferidah binti Bujang dan Pn. Norazilawati binti Ab. Rahim. Didalam ucapannya Pemangku Pengarah, Puan Hjh Rohaya binti Abd Kadir menekankan kepada semangat kerjasama dan ukhwah bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

Majlis sambutan hari raya dihadiri sama oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JPBD Negeri Terengganu, Jabatan PERKESO, Biro Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah. Jamuan diakhiri dengan photoshoot seluruh warga PPZR dan setiap unit memberi pose yang terbaik untuk dijadikan kenangan Jamuan Hari Raya bagi tahun 2012.

Jumpa lagi di Jamuan Raya 2013….

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.