Inovasi Dalam Organisasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami. Persoalannya, apakah yang akan menentukan sesuatu produk atau perkhidmatan tersebut inovatif?

Kejayaan sesuatu penciptaan kreatif bermula dengan penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.  Hasil cetusan idea-idea yang merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Oleh yang demikian, setiap Jabatan Kerajaan adalah digalakkan untuk mempunyai Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang bertujuan untuk mencari idea-idea baru bagi menyelesaikan masalah mahupun membuat penambahbaikan. Dalam konteks ini, JPBD juga mempunyai Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang bertujuan untuk mencungkil idea-idea yang melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Salah satu cara untuk mereka ini menunjukkan kebolehan mereka adalah dengan memberi peluang untuk mereka membangunkan idea, manakala  pengurusan atasan Jabatan berperanan menyokong proses tersabut. Latihan dan pendidikan yang berkaitan kreatif dan inovatif perlu diberikan kepada mereka supaya dapat membangun persekitaran kerja yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kecekapan Jabatan. Sehubungan itu, sambutan Hari Inovasi telah di adakan di Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada 18 September 2012 yang lalu bagi memberi peluang kepada warga JPBD menunjukkan kebolehan mereka dalam mengembangkan idea kreatif yang sedia ada. Persoalannya , apakah produk hasil inovasi Jabatan dapat dimanfaatkan bersama oleh warga JPBD? Produk hasil inovasi yang baik sepatutnya diketengahkan oleh Jabatan supaya ia tidak terkubur terus selepas dipertandingkan.

“Inovasi ialah impian (idea) yang menjadi kenyataan apabila dilaksanakan atau digunakan”


  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.