7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki

7 perisian yang pasti anda paling gemari. Tapi saya cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang mungkin paling berguna buat anda. Jadi, di sini saya persembahkan tujuh perisian yang perlu anda miliki:

Opera

[http://www.opera.com/] [Review]

tujuh-01

Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori.

Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian anda jauh lebih mudah. Jika anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk anda.

Launchy

[http://www.launchy.net/] [Review]

tujuh-02

Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer anda, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, anda tak perlu fikir di mana program itu berada. Anda juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.Dengan Launchy, anda hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari anda lebih cekap dan efisien!

FreeCommander

[http://www.freecommander.com/] [Review]

tujuh-03

Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer anda, hanya beberapa buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, anda tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar anda dapat membukanya dengan sekelip mata.Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer anda pastinya lebih melecehkan.

FeedDemon

[http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/default.aspx]

tujuh-04

Membaca dan mengikuti blog memang seronok. Namun apabila anda ada lebih 50 buah blog yang diminati, siapa ada masa untuk melawat kesemua blog ini? FeedDemon akan mengingatkan anda jika mana-mana dari blog ini telah dikemaskini dengan kandungan yang terbaru.

Membaca dari FeedDemon juga lebih pantas dari melayari laman web tersebut, kerana ianya hanya memaparkan tulisan dan gambar berkaitan sahaja, tanpa memaparkan elemen-elemen lain dalam laman web, sesuai untuk pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang lemah.Bukan itu sahaja, anda juga boleh menanda mana-mana kandungan yang menarik, agar boleh dibaca dengan lebih lanjut pada kemudian hari.

Picasa

[http://picasa.google.com/] [Review]

tujuh-05

Meskipun bukan seorang jurufoto profesional, anda mesti sangat suka mengambil gambar. Picasa pula berfungsi sebagai album untuk segala foto anda . Picasa mempersembahkan kesemua foto di dalam komputer anda dengan mudah dan menarik. Anda juga dapat membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye. Tak lupa juga fungsi eksport foto yang memang menyenangkan.Sebenarnya, susah untuk anda gambarkan keistimewaan yang terdapat pada Picasa. Cukuplah dikatakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali.

CCleaner

[http://www.ccleaner.com/] [Review]

tujuh-06

Jika anda sayangkan bilik anda, dah tentu anda akan pastikannya sentiasa bersih, kan? Begitu juga dengan komputer. Gunakan CCleaner untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat dalam PC anda supaya ia dapat berjalan dengan lebih lancar.

WikidPad

[http://www.jhorman.org/wikidPad/]

tujuh-07

WikidPad adalah buku nota anda. Di sinilah anda boleh tuliskan nombor telefon kawan-kawan, senarai barang yang hendak dibeli, dan alamat laman web yang hendak dilawati. Apa sahaja yang anda hendak catat, catatkannya di dalam WikidPad. Ianya mudah dan ringkas.

Ok, dah cukup tujuh dah. Kesemua software yang disenaraikan di atas boleh anda download dari laman web masing-masing. Dan jangan bimbang, kerana semuanya percuma ^^

  del.icio.us this!

3 Responses so far »

  1. 1

    Abu Salehek Musa said,

    December 21, 2012 @ 9:35 am

    a very good article…..
    kalau ade lagi, post lah….
    Banyak yang tidak tahu….
    Lagi 1, kalau boleh.. tips2 maintenance komputer disebar2kan jugak.
    Ramai yg tidak tahu menjaga PC masing2…..

  2. 2

    Seksyen Teknologi Maklumat (BKP) said,

    January 3, 2013 @ 11:19 am

    tqvm .. nanti boleh dicarikan tips computer maintenance..

  3. 3

    Abdullah Ab. Rahman said,

    January 4, 2013 @ 4:23 pm

    Setuju dengan Abu Salehek, kadang2 masalah penggunaan ict ni bukan PC yang rosak atau sakit, tapi orang yang guna tu kurang arif lerrr…cth pc xleh ON, rupa2nya power supply tak connect…PC berbunyi rupa2nyer bunyik speaker…macam2 lagi lah karenah pengguna ni…hehehe…

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.