MyGOSSCON 2012

Malaysian Government Open Source Conference (MyGOSCCON) kali ini diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 30.11.2012 dan dirasmikan oleh Yang Bhg. Dato’ Ketua Pengarah MAMPU. Jabatan menyertai Persidangan tersebut membuka booth pamiran dan merupakan salah dari 2 agensi dari KPKT yang mengendalikan Pamiran Persidangan MyGOSSCON 2012 (Agensi PPSPPA merupakan agensi lain dari KPKT). Tumpan pamiran JPBD adalah untuk menjelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam tahun 2011-2012 untuk memberi latihan dalam penggunaan perisian OSS Quantum QGIS bagi beberapa agensi luar JPBD selain dari Jabatan sendiri termasuk Jabatan Kesihatan, BOMBA Negeri Selangor, belasan agensi pihak berkuasa tempatan, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Putra Malaysia Bintulu, K-Perak, JPBD-JPBD Negeri dan SUK Negeri Perlis. Semasa lawatan Dato’ Ketua Pengarah MAMPU ke booth pamiran JPBD, beliau sedia maklum sumbangan yang telah diberi oleh Jabatan dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JPBD Sem. Malaysia kerana sudi memberi kerjasama menjayakan Visi MAMPU menggalakan penggunaan perisian Open Source dikalangan agensi sektor awam khasnya Quantum GIS.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.