HRMIS…1 SISTEM, 1 ARAHAN dan 1 PENANTIAN…

http://www.eghrmis.gov.my/…
Baru-baru ini semua penjawat awam telah diarahkan untuk menyiapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Pengambilan cuti rehat untuk Gantian Cuti Rehat (GCR) dan penjaan cuti tahun 2013 melalui sistem HRMIS. Bagaimana pun kita semua di’huru-hara’ oleh sistem ini kerana dikatakan server down. Malah perlbagai lagi isu-isu sama yang masih wujud terutamanya awal tahun dan hujung tahun.
Pada pandangan saya, bagi mengelakkan kesesakan untuk mengakses kepada sistem HRMIS ini, pihak pentadbir seharusnya menyediakan jadual penggunaan bagi setiap kementerian/ jabatan misalnya tempoh pengisian 3-7 hari. Perkara ini turut dilakukan oleh PLUS misalnya mengeluarkan jadual perjalanan pada hari2 perayaan tertentu…Apa pandangan warga JPBDSM untuk memudahkan kelancaran penggunaan HRMIS pada masa-masa akan datang?

  del.icio.us this!

5 Responses so far »

  1. 1

    Abu Salehek Musa said,

    December 21, 2012 @ 8:22 am

    Kronologi:
    1. 12/12/12 – Janji pukul 11.30 mlm ok
    2. 13/12/12 – Janji pukul 9.00 pg lepas tu
    3. 13/12/12 – Janji pukul 3.00 ptg plak
    4. 17/12/12 – Janji pukul 9.00 pg semula
    5. 17/12/12 – Pukul 5.00 ptg announce TUTUP terus!
    6. 20/12/12 – Sehingga diberitahu. No date.
    7. next… what? Whatsup?

    Facebook mempunyai 950 juta akaun yg aktif.
    Setiap minit 50,000 gambar diupload.
    Xde plak kita dengar masalah sistem facebook ne.
    Sedangkan HRMIS kita access setahun 2 kali, awal tahun isi SKT, hujung tahun isi LNPT. Sekali sekali isi cuti ikut bulan. Itu pun hanya melibatkan teks sahaja. Tak main gambar2 ne. Itu pun ade masalah ker?
    Dah ler lembap, tak berupaya langsung (bawah taraf OKU), lepas save data org lain yg muncul! Ajaib sungguh sistem ini.

  2. 2

    Super-Moderator said,

    December 31, 2012 @ 12:50 pm

    Saya percaya server Facebook menggunakan sistem operasi Open Source dan adalah lebih ‘ringan’ berbanding dengan sistem operasi Windows untuk server. Facebook juga tak pakai program Active X yang diperlu bagi semua aplikasi eKerajaan. Facebook sebaliknya guna versi Open Source (dah lupa apa nama tapi fungsinya sama). Selain dari itu, disyak sistem pengurusan server menggunakan load-bearing bersama lain-lain server dirata-rata tempat. Ini mungkin sebabnya HRMIS menghadapi masalah bila bilangan pelawat ‘serang’ server HRMIS pada waktu yang sama.

  3. 3

    Mislah Badli said,

    January 3, 2013 @ 12:13 pm

    Salam sejahtera kepada warga JPBD dan selamat menyambut tahun baru
    Tahun 2012 telah melabuhkan tirai dan fajar 2013 menjelang tiba. Setelah tiga hari berlalu di tahun baru namun penantian masih belum berkahir rupanya. Apa yang diharapkan masih belum tercapai. HRMIS oh hrmis …… Apa kaedah yang terbaik sebenarnya?.
    Waktu yang kritikal biasanya adalah awal tahun untuk SKT dan akhir tahun untuk LNPT. Bayangkan betapa sibuknya dan `jem’ nya laluan HRMIS diwaktu kemuncak ini sperti sesaknya kenderaan di jalan raya. JPA sebagai peneraju sistem ini masih `pening’ mencari kaedah sebab ada terdapat 25 Kementerian dan berapa puluh lagi jabatan di bawah kementerian yang menyerang `server ‘ HRMIS di waktu puncak ini. Boleh bayang!. Masalah ini sebenarnya dialami juga oleh kementerian dan jabatan lain. Walaupun teknologi telah ditemui mengikut arus global, namun hakikatnya ada kelebihan dan kekurangan yang kita kena terima sebagai pengguna. Tunggu dan lihat sampai bila?. Kasih

  4. 4

    Abdullah Ab. Rahman said,

    January 4, 2013 @ 4:25 pm

    kalau ler macam tu, sistem hrmis dah boleh ditukar kepada konsep open source macam FBlah…hehehe cepat, pantas, laju, senang, simple dan orang pun suka…tidak stress…hehehe4

  5. 5

    Super-Moderator said,

    January 5, 2013 @ 10:49 am

    MAMPU pada MyGOSSON 2011 ada umumkan bahawa Kerajaan akan migrate kepada konsep cloud-computing untuk mengatasi pelbagai masalah yang mereka sedia maklum akan tetapi saya tekankan balik kepada MAMPU dalam open forum itu bahawa itu adalah baik tapi jangan tipukan kita semua kalau dalam alam cloud-computing pengguna masih terkawal kepada penggunaan Internet Explorer kerana dalam alam cloud-computing, pengguna boleh guna apa jua internet browser yang diingini e.g. Firefox. Pengerusi terpaksa telan air liurnya kerana ada hamba Allah yang tahu perkara-perkara yang tidak dibangkitan dan menjawab “Kalau itulah apa yang orang nak, kita boleh buat” So we wait and see lah.

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.