” … but we cannot control nature.”

Kerapkali kita dengar alasan pemaju-pemajau yang membangunkan pembinaan dikawasan berbukit seperti “No problem what? Can do one! We have the technology” walhal semua sedia maklum faktor kecerunan pasti menjejaskan keselamatan apa jua pembinaan dikawasan tersebut. Berita hari ini pula bertajuk “Embankment collapses at Taman Setawangsa, residents forced to vacant homes” menekankan bahawa kenyataan pemaju tersebut tidak disambung dengan ayat sepenuhnya yakni “…but we cannot control nature”. Di negara kita ni, berilah keadaan dimana hujan tak berhenti-henti selama 3 hari dan pasti ada kawasan berbukit dimana tanah runtuh dan tak tahu lah beberapa kes yang tidak diumumkan. Saya percaya struktur pembinaan bagi perumahan jenis mewah biasanya  kukuh tetapi walaupun kita boleh akui bahawa struktur sesebuah pembinaan adalah ‘prefect’ dari sudut teknologi akan tetapi jika tanah menjadi longgar akibat serapan air hujan kedalam tanah demikian (tambah pula selepas tempoh warranti senggaraan pembinaan telah tamat) kita tunggu masa saja lah bila sesuatu kajian buruk akan berlaku. Sini bukan negara yang beriklim temperate, sini adalah Malaysia yang beriklim equatorial..’hot, wet & humid’ dimana plastik kereta mewah juga boleh terkopek akibat dijemur setiap hari. Kenapa masih ada orang yang bodoh sombong dan tetap ingin mendirikan pembinaan dikawasan berbukit sama ada pemaju maupun tuan tanah?

  del.icio.us this!

1 Response so far »

  1. 1

    Abdullah Ab. Rahman said,

    January 8, 2013 @ 9:32 am

    Tuan moderator…

    Inilah dipanggil hukum alam. Walau setinggi mana teknologi, kuasa, peralatan, sumber dan sebagainya tetapi kita xboleh lari dari kuasa alam “…but we cannot control nature”. Pandangan vista, view menarik, sky view antara kelebihan2 bagi mereka2 yang suka diami tempat tinggi. Tapi tengoklah kesan yang sangat teruk mereka hadapi.

    Cuma satu sahaja yang bermain difikiran sebilangan manusia jenis ni…”ada aku kesah”…duit aku berjuta-juta, tanah aku berekar-ekar…aku boleh bina ditempat lain…aku boleh beli, boleh bayar itu dan ini… hanya satu sahaja yang dapat menyedarkan golongan ini, iaitu bila tragedi sebegini mengorbankan ahli keluarga mereka yang tersayang…

    Mungkin sesiap yang melalui MRR2 menghala dari Cheras ke Gombak cuba lihat kiri dan kanan pembangunan-pembangunan baru. semuanya dipuncak2 bukit yang ditarah dan digondolkan. Adakah ini juga seperti kita “menanam bom jangka” yang menunggu masa untuk dipampang dan diperdebatkan didada-dada akhbar? fikir2kanlah kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki rumah diatas2 cerun, bukit yang tinggi…

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.