PROGRAM STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA 7 (NBOS): KEJIRANAN INDAH (MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD)

Program Strategi Lautan Biru (Negara National Blue Ocean Strategy) (NBOS) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan atau agensi  yang memfokuskan kepada:

Hasil yang memberi impak yang tinggi;
Penggunaan kos yang minimum; dan
Pelaksanaan dengan kadar yang segera.

Program Kejiranan Indah atau My Beautiful Neighbourhood yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara lain bertujuan untuk mengubah persekitaran kejiranan perumahan awam yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat dan bersih di samping mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan di kalangan penduduk setempat.
Bagi melaksanakan Program Kejiranan Indah, KPKT telah menggabungkan sumber semua Jabatan di bawahnya yang meliputi program seperti penyelenggaraan bangunan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), pelaksanaan langkah-langkah Program Bandar Selamat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD), pembersihan kawasan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Bagi tahun 2013, sebanyak 21 projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di seluruh negara. Sehubungan dengan itu beberapa siri pelancaran PROGRAM STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA 7 (NBOS): KEJIRANAN INDAH (MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD) telah dijalankan mengikut lokasi seperti berikut;

Perasmian Program Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Taman Nira, Batu Pahat, Johor pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Taman Jengka Impian, Maran, Pahang pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan pada 9/3/2013.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.