Pameran Sejarah Perbandaran dan Perancangan Bandar di Semenanjung Malaysia Peringkat Negeri Sembilan

Pameran tersebut sedang berlangsung di Muzium Negeri Sembilan pada 4 Mac sehingga 4 April 2013. Perasmian pameran tersebut telah diadakan pada 5 Mac 2013 dengan penuh kemeriahan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu.Turut hadir adalah YBrs Encik Kamalruddin bin Shamsudin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPBD Semenanjung Malaysia.Pameran tersebut adalah rentetan daripada Pameran Sejarah Perbandaran dan Perancangan Bandar di Semenanjung Malaysia yang diadakan di Muzium Negara pada 13 Januari 2012 hingga 13 Januari 2013 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dengan kerjasama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

Pameran ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pandangan kepada orang awam tentang sejarah perbandaran dan perancangan bandar di Semenanjung Malaysia dalam merangka pertumbuhan urbanisasi serta mengenali artifak/peralatan teknikal yang digunakan oleh Jururancang Bandar sebelum era computer dan teknologi maklumat.

Bahan-bahan pameran memfokuskan aspek perbandaran yang mempunyai kaitan dengan profesion perancangan bandar secara selektif daripada 241 bandar yang ada di negara ini. Artifak atau perkakasan teknikal yang tidak digunakan lagi juga dipamerkan yang mengambarkan peralihan teknologi perkakasan zaman awal 1900an kepada zaman teknologi maklumat. Bahan-bahan pameran diperolehi daripada koleksi JPBD dan sumbangan daripada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.