Pameran di Karnival PMINT 2013

Pejabat Projek Zon Timur (PPZR), JPBD Semenanjung Malaysia telah menyertai pameran di Karnival PMINT 2013 yang telah diadakan pada 26 Jun hingga 29 Jun 2013 bertempat di Dataran Pantai Awam Batu Burok, Kuala Terengganu. Ia melibatkan seramai 10 orang pegawai dan kakitangan dari PPZR. Di karnival tersebut, pameran booth JPBD memaparkan maklumat-maklumat dan informasi JPBD seperti fungsi jabatan, visi, misi dan sebagainya. Selain itu, turut dipamerkan adalah pelan-pelan pembangunan yang telah disediakan, laporan-laporan rancangan pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri Terengganu, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas yang telah disediakan bagi negeri Terengganu.

Sambutan dan kehadiran pengunjung ke booth JPBD adalah amat menggalakkan dan pelbagai maklumbalas yang diterima khususnya berkaitan maklumat-maklumat perancangan, cadangan-cadangan pembangunan yang dirancang, pembangunan komited serta zon gunatanah (zoning). Selain itu, cenderahati turut disediakan kepada pengunjung.

Karnival PMINT 2013 yang dianjurkan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PMINT iaitu Dato’ Haji Osman Bin Muda dan dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Pelbagai aktiviti telah berlangsung seperti Silat Gayong, Pertunjukan Fixie Bike Freestyle, Forum Perdana, Pancaragam RAMD Kem Seberang Takir, larian perdana dan banyak lagi. Pelbagai gerai-gerai pameran turut dibuka sepanjang 4 hari karnival berlangsung.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.