Panduan/Tips sebelum pulang ke kampung sempena Aidilfitri

Salam Ramadan Kareem…1434 H

Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada seluruh warga JPBD. Tidak lama lagi umat islam diseluruh dunia termasuklah Malaysia akan meraikan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam menantikan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma, tidak lupa juga sepuluh malam terakhir Ramadan yang sepatutnya kita hiasi dengan ibadah.

Tradisi balik kampung akan kembali pada penghujung ramadan dimana warga kota akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman. Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Disini terdapat perkongsian panduan sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka pada 10 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 H.

PENGANGKUTAN

  • Pastikan Kenderaan anda di selenggara dengan baik.
  • Dicadangkan menggunakan Touch N Go apabila membayar tol supaya dapat mengurangkan tahap kesesakan di seluruh plaza tol.
  • Sebelum memulakan perjalanan, disunatkan membaca doa menaiki kenderaan. Digalakkan juga berniat bahawa perjalanan kita adalah untuk menziarahi ibubapa, saudara mara dan sahabat handai di Syawal ini. InsyaALLAH, perjalanan kita akan dilindungi oleh NYA.

KEDIAMAN

  • Sebelum meninggalkan rumah anda, sila maklumkan kepada Rakan Cop atau Ketua Komuniti dan memaklumkan juga kepada jiran-jiran terdekat mengenai kepulangan anda ke kampung halaman.
  • Matikan semua suis dan gas bagi menjaga keselamatan harta benda bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas perlu ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.
  • Pintu rumah, pintu pagar, mosikal, dan semua peralatan berharga yang boleh dirantai dan dikunci dengan menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur
  • Pastikan tingkap ditutup dan dikunci.
  • Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya. Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bunga. Jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.
  • Hentikan langgaran Akhbar/Majalah. Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan penghuni rumah. Pencuri akan dapat mengesan penghuni tiada di rumah berdasarkan longgokkan surat khabar yang tidak di ambil beberapa hari.

Diharap paduan yang diberikan dapat membantu dan sebaiknya sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatanNYA.

Semoga perjalanan kalian nanti dipermudahkan..Amin.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.