Majlis Berbuka Puasa Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubaraq

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, suatu majlis berbuka puasa bersama warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD) yang diurus setiakan oleh Jawatankuasa Surau JPBD telah diadakan pada hari Rabu 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434H di Perkarangan Letak Kereta JPBD Ibu Pejabat.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Fadzil bin Haji Mohd Khir, Ketua Pengarah JPBD dan isteri, Datin Noriza Rubangi. Turut hadir di majlis berbuka puasa ini ialah YBrs. Encik Kamalruddin bin Samsudin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), YBrs. Dr. Dahlia bin Rusly, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengarah-pengarah JPBD Negeri dan Pengarah- pengarah Bahagian.

Majlis ini bertujuan mendekatkan lagi hubungan warga JPBD bersama pihak Pengurusan Tertinggi dan ahli keluarga. Selain itu majlis ini juga dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan mengadakan bacaan tahlil, solat maghrib, isyak, tarawih dan witir berjemaah, jamuan moreh dan diakhiri dengan pemberian duit raya kepada anak-anak pegawai JPBD.



  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.