RUMAH TERBUKA HARI RAYA BPKSP 2013…

Pada 19hb Ogos 2013 bers. 12 Syawal 1434H, Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan telah mengadakan satu Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena kedatangan bulan Syawal ini. Semua bahagian telah hadir bagi meraikan sambutan yang cukup bermakna ini.

Bagi mengelakkan pembaziran, bahagian telah bersama-sama menyediakan menu untuk juadah pada hari tersebut dengan berkonsepkan ‘potluck’. Antara menu hidangan adalah nasi tomato, nasi himpit, satey, rendang, laksa, lemang, lontong dan bermacam lagi. Semua hidangan cukup menyelerakan tetamu yang hadir.

Akhir kata, seluruh warga BPKSP menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas salah silap antara kita semua. Semoga rumah terbuka ini dapat menjalinkan ukhwah dan silatulrahim antara warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa seluruhnya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN…

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.