TIP : MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Berikut adalah tip untuk membina keyakinan diri, antaranya;

  1. Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
  2. Sentiasa percaya pada diri. Katakan anda boleh. Semua ini tidak keterlaluan memandangkan anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah al-Tin 95: 4).
  3. Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Sentiasa bersedia untuk mencuba dan melakukan sesuatu yang baru atau yang anda belum tahu atau belum mahir melakukannya.
  4. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain. Ini adalah satu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi anda lebih baik dari sehari ke sehari.
  5. Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada.
  6. Pastikan anda benar-benar tahu perkara yang anda inginkan dalam hidup ini.
  7. Pilih kawan dan komuniti (masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.
  8. Sentiasa berfikiran positif.
  9. Badan perlu sihat dan minda cergas.
  10. Harga diri – tahu menghargai setiap anugerah yang Allah beri dan berterima kasih kepada Allah.
  11. Cari role model (qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. Sebaik-baik role model ialah Rasulullah s.a.w.
  12. Tabah dan cekal menghadapi sebarang halangan atau musibah.
  13. Buang perasaan malu yang tidak bertempat.
  14. Khas bagi remaja, keyakinan boleh ditanam dengan;
  • Latih diri duduk di hadapan dalam sebarang majlis terutamanya majlis ilmu.
  • Berjalan dengan laju seperti Rasulullah s.a.w.
  • Apabila berkomunikasi dengan orang lain, pandang wajah mereka.
  • Senyum biarlah ikhlas, bukan senyum-senyum kambing.
  • Suara semasa bercakap perlu tinggi, tidak terlalu perlahan hingga tidak didengari.
  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.