FGD RKK Pusat Bandar Kuala Terengganu

FGD RKKKT 1

Perbincangan Kumpulan Sasaran (FGD) RKK Pusat Bandar Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai 2013 di Terengganu Equestrian Resort (TER) dan telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Anuar bin Maidin, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu dan dihadiri oleh Pn. Alimah bt Mohd Suri, Pengarah Pejabat Projek Zon Timur dan Tn. Hj Madzi bin Mat Lin, Pengurus Projek RKK Pusat Bandar Kuala Terengganu. Program iniĀ  telah dihadiri oleh wakil dari pelbagai agensi teknikal berkaitan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta barisan perunding kajian.

FGD ini diadakan bagi membentangkan profil kawasan kajian, prospek dan cabaran serta konsep awal dalam menentukan objektif dan halatuju pembangunan serta mendapatkan maklumbalas dan cadangan awal daripada agensi-agensi teknikal. Ia turut membantu pihak Perunding dalam menyediakan Laporan Draf Awal Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kuala Terengganu dengan berkesan dan berdaya laksana. Program FGD ini di akhiri dengan majlis berbuka puasa bersama peserta program yang hadir.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.