KURSUS PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN ORGANISASI BERINTEGRITI

Teambuilding.tif

Pada 18 – 19 September 2013 yang lalu, Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) telah mengadakan Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti yang bertempat di Gunung Ledang Johor National Park, Sagil, Negeri Johor. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 53 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan pegawai. Kursus 2 hari 1 malam ini telah diisi dengan pelbagai modul program yang memfokuskan kepada pembangunan diri dan pembentukan organisasi berintegriti yang diterapkan kepada kakitangan PPZS sebagai penjawat awam. Selain itu, aktiviti luar seperti ‘Paintball’ juga turut disediakan bagi membentuk semangat berpasukan dan semangat kerjasama. Secara keseluruhannya, Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan PPZS telah memberikan banyak manfaat kepada kakitangan dan organisasi antaranya, dapat mebentuk keyakinan dan ketahanan diri dikalangan kakitangan serta dapat membentuk sebuah organisasi yang berintegriti di masa akan datang.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.