Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (Penggantian) 2014-2020

DSC_0442

Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Cameron Highlands (Penggantian) telah diadakan pada 10 September 2013 bersamaan 4 Zulkaedah 1434H bertempat di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Wan Rosdy Bin Wan Ismail, SIMP., DSAP., DIMP., SMP., AMP. merangkap Pengerusi EXCO Perumahan & Perbandaran Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, YB Dato’ Hj. Ahmad Bin Daud dan Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Pn. Alimah Bt Mohd Suri. Seramai 150 orang telah hadir ke program tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga serta penduduk setempat. Taklimat program telah disampaikan oleh wakil Pengurus Projek Unit Rancangan Pembangunan Kuantan, Rozdiana Bt. Mohd Rosmi.

DSC_0443

Kajian RTD Cameron Highlands (Penggantian) ini merangkumi kawasan seluas 71,227 hektar dan mempunyai tiga (3) mukim utama iaitu Mukim Tana Rata (2,072 hektar), Ringlet (5,165 hektar) dan Hulu Telom (63,990 hektar). Kajian ini disediakan di bawah peruntukan Seksyen 12A iaitu keperluan Publisiti dalam penyediaan RTD dan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) membuat cadangan untuk Penggantian suatu Rancangan Tempatan. Daerah Cameron Highlands adalah merupakan laluan pintu keluar masuk ke daerah-daerah bersempadan melalui jalan-jalan utama seperti Tapah – Cameron Highlands dan Simpang Pulai –Cameron Highlands (Perak) , Gua Musang – Cameron Highlands (Kelantan) , Kuala Lipis- Cameron Highlands dan Raub(Pos Betau)-Cameron Highlands (Pahang).

DSC_0271

Menerusi program publisiti awal yang telah diadakan, pelbagai input dan isu-isu serta potensi pembangunan kawasan Cameron Highlands telah dikemukakan oleh peserta program Perbincangan Kumpulan Sasaran (FGD). Program FGD dilaksanakan di dalam lima (5) kumpulan mengikut teras dan dibantu oleh fasilitator dan jurulapor setiap kumpulan.

Program tersebut diakhiri dengan resolusi bagi setiap kumpulan dan dikumpulkan sebagai input kepada program seterusnya serta memastikan kajian RTD Cameron Highlands (Penggantian) 2014-2020 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh :

Unit Rancangan Pembangunan Kuantan, Pejabat Projek Zon Timur

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.