Lawatan Ke Bandaraya Johor Bahru

 

00

Satu lawatan ke bandaraya Johor Bharu telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2013 dan telah disertai oleh 30 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Projek Zon Timur (PPZR), JPBD Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), agensi-agensi teknikal lain serta wakil perunding bagi kaijan RKK Pusat Bandar Kuala Terengganu. Lawatan ini telah diketuai oleh Pengurus Projek RKK Pusat Bandar Kuala Terengganu iaitu Tn. Haji Madzi Bin Lin.

Lawatan telah diadakan di pejabat Majlis Bandaya Johor Bharu (MBJB) serta Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan para peserta telah diberi taklimat mengenai pembangunan oleh pihak MBJB dan IRDA. Selain itu, peserta telah dibawa melawat ke beberapa kawasan sekitar bandaraya Johor Bahru seperti kampung Majidi, Johor Bahru.

01A

02

03

Lawatan ini dijalankan sebagai sebahagian dari proses penyediaan RKK Pusat Bandar Kuala Terengganu bagi melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pembangunan yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak PBT di Johor Bahru dalam merealisasikan pembangunan seiring tekanan pembangunan semasa di Johor Bahru amnya.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.