Laman Web Bandat Padat JPBD

snapshot1

Laman Web Bandar Padat JPBD kini boleh dicapai melalui Wide Area Network (WAN) TOWNPLAN di http://10.0.124.66/bpadat_kjg/landing.html#about. Ini bermakna ianya tidak boleh dicapai dari rumah seseorang. Sejak kajian ini siap pada hujung tahun 2012, BMGN telah memantapkan lagi laman web tersebut dan latihan untuk Pentadbir Sistem (Administrator) serta calon-calon pengguna dari Bahagian-bahagian tertentu serta Pejabat Projek akan dijemput menghadiri kursus bagi penggunapakaian sistem ini pada 31.10.2013-1.11.2013 di Makmal Komputer Ibu Pejabat JPBD.

Kelebihan sistem ini adalah pemberat bagi parameter-parameter untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai dipilih sebagai “Kawasan Bandar Padat” adalah dinamik atau user-defined. Ini bermakna ianya¬†boleh diubah jika pengguna melalui Pentadbir Sistem dari Bahagian atau Pejabat Projek tidak berpuashati dengan pemberat yang ditetapkan dalam sistem, selanjutnya boleh menghasilkan output atau alternatif mengikut keperluan masing-masing, dengan ini boleh melihat kesan baik atau buruknya apabila sesuatu pemberat diubah.

Pemakaian Garispanduan Bandar Padat Berdaya Huni sewajarnya disyarat selepas sesuatu kawasan telah dipilih untuk berfungsi sebagai “Kawasan Bandar Padat” bagi sesuatu kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu, adalah terpulang kepada kreativiti dan inovasi pengguna untuk menentukan sama ada sesuatu parameter elok diberi keutamaan dalam mengenalpasti sesuatu Kawasan Bandar Padat.

snapshot2

snapshot3

snapshot4

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.