ANDROID – 10 APLIKASI YANG BERGUNA UNTUK PERANCANG BANDAR

1

Android merupakan satu sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh Google. Pada peringkat awal, ianya dibangunkan oleh Android.Inc yang kemudiannya diambil alih oleh syarikat Google. Google kemudiannnya menaiktaraf sistem pengoperasian Android ini dan menjadikannya sebagai ‘open source platform’. Ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Memandangkan ianya merupakan ‘open source platform’, ianya digunakan secara meluas dan terkenal dikalangan pengguna telefon pintar termasuklah juga pengguna komputer tablet.

Android menawarkan pelbagai ‘customization’ dalam ‘widgets’ dan mempunyai lebih sejuta aplikasi. Kebanyakan darinya adalah percuma dan boleh dimuat turun di telefon pintar dengan hanya satu klik sahaja dari aplikasi Google Play Store dan Market yang sedia ada terdapat dalam telefon pintar tersebut

Android juga boleh digunakan oleh mana-mana pengeluar telefon tidak seperti sistem pengoperasian iOS yang digunakan oleh Apple untuk telefon pintar iPhone dan iPad dan merupakan sistem pengoperasian yang terlaris pada masa kini. Samsung merupakan antara pengeluar terbesar untuk telefon dan tablet Android. LG, HTC, Sony, juga merupakan antara pengeluar terkenal bagi tablet dan telefon mudah alih Android.

2Android dikeluarkan dalam beberapa siri yang bermula dari siri 1.0 dan sehingga kini versi 5.0. Kesemua versi ini dinamakan dengan nama makanan seperti ‘ice cream, jelly bean, sandwich’ dan sebagainya yang mana ini merupakan salah satu keunikan Android.

Disenaraikan beberapa aplikasi yang dapat membantu para Perancang Bandar dalam tugas seharian:

 

PENGANGKUTAN

1.  KL Transport Planner – JWalk|Android |Percuma|

3KL Transport Planner merupakan satu aplikasi yang membantu pengguna mendapatkan maklumat mengenai pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Aplikasi ini. membolehkan pengguna mengakses maklumat dari segi jadual, masa sebenar ketibaan dan tambang pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Ini termasuklah LRT, Monorel, RapidKL Bas, KTM Komuter dan ERL ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Melalui ‘MyRapid Journey Planner’ aplikasi ini memaparkan maklumat laluan perjalanan terperinci dan maklumat tambang rel dan bas dan secara automatik mengesyorkan laluan yang paling murah dan cepat. Ia juga menyediakan peta jaringan kereta api dengan kualiti yang tinggi, carian stesen LRT, bas, monorel berhampiran atau stesen lain berdasarkan lokasi semasa anda.

2.  WAZE –Google|Semua Platforms|Percuma|

5Waze merupakan aplikasi peta navigasi GPS yang berasaskan komuniti. Aplikasi ini sangat membantu pengguna memandangkan ianya adalah aplikasi mudah alih sosial percuma yang membolehkan pengguna membangunkan dan menggunakan peta navigasi secara langsung, mengemaskini keadaan trafik masa sebenar dan melayari satu per satu peta navigasi bagi tujuan perjalanan yang optimum dan mengesan lokasi sebenar sesuatu kemalangan mahupun kesesakan lalu lintas. Ia juga membantu dalam menjimatkan masa dan wang petrol bagi urusan ulang alik setiap hari ke tempat kerja ataupun semasa perjalanan ke sesuatu tempat.

3.  MyTeksi – Maxis|Semua Platform|Percuma|

6MyTeksi merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk menempah teksi hanya melalui aplikasi mudah alih dan SMS di Lembah Klang. Aplikasi ini boleh berfungsi pada semua telefon peranti pintar dan boleh dimuat turun secara percuma. Aplikasi ini. membolehkan penumpang untuk menempah teksi melalui telefon pintar, tablet atau dengan menghantar SMS. Dalam masa beberapa minit aplikasi ini akan membantu mencari seorang pemandu teksi berdekatan selepas mesej dihantar. Pemandu teksi yang menerima pesanan akan menerima nama dan nombor telefon penumpang manakala  nombor plat teksi dan masa ketibaan akan terus ditunjukkan melalui applikasi ke telefon pintar penumpang.

 

PEMETAAN DAN LUKISAN

4.  ESRI ArcGIS – Esri|Semua Platform|Percuma|

7ArcGIS merupakan salah satu perisian yang popular di kalangan perancang bandar. Pada asasnya, aplikasi ArcGIS ini meluaskan jangkauan kerja-kerja GIS dari pejabat hingga ke tapak. Aplikasi ini merangkumi aplikasi percuma yang boleh dimuat turun daripada Android Market, atau Google Playstore. Aplikasi ini juga merupakan sebahagian daripada platform ArcGIS dan ia merupakan cara terbaik untuk memaparkan dan mengemudi peta, mencari alamat dan tempat-tempat, mengenal pasti lokasi dan ciri-ciri GIS, garis-garis ukuran dan kawasan, mencari dan berkongsi peta dari ArcGIS online, mengumpul data  serta menggunakan telefon pintar sebagai GPS. Dengan menggunakan aplikasi ArcGIS ini pada peranti Android, kita mampu membangunkan dan mengemaskini data GIS, mencari dan menerokai peta, mencari tempat dan alamat, dan juga meneroka lapisan peta yang dihoskan sama ada di ArcGIS Online atau pada server.

5.  Mobile Data Collection – GIS Cloud|Semua Platforms|Percuma|

8Aplikasi ini membolehkan kita untuk mengumpul data pada masa sebenar, mewujudkan rekabentuk data tersendiri, dan bekerja dalam mod ‘offline’ dan banyak lagi. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk mengumpul maklumat tapak dan menjalankan kajiselidik di  lapangan dengan lebih cepat dan  mudah melaui akaun Cloud GIS dan menghantar data yang dikumpul secara langsung kepada  aplikasi GIS Cloud di Cloud. Kita juga boleh menyesuaikan bentuk data seperti memasukkan gambar dan audio serta teks, nombor atau input pilihan. GIS Cloud  juga mampu mengurus data dan maklumat geo-lokasi. Sebagai perancang bandar, aplikasi ini boleh membantu dalam penyimpanan data guna tanah semasa kerja di lapangan ataupun ketika kerja-kerja verifikasi data di tapak.

6.  AutoCAD 360 (dikenali sebagai AutoCad WS sebelum ini) – Autodesk|Semua Platform|Percuma|

10Autodesk AutoCAD 360 merupakan aplikasi percuma yang digunakan bagi tujuan lakaran dan lukisan teknikal yang membolehkan kita melihat, membina, mengemaskini, dan berkongsi lukisan dengan menggunakan pelayar laman web bila-bila masa dan di mana sahaja. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mereka bentuk lukisan 2D dan 3D bagi pelan susun atur atau lakaran 3D. Ini merupakan aatu kemudahan  merekabentuk semula yang dapat membantu perancang bandar terutamanya dalam berkongsi dan melihat reka bentuk di lapangan bersama pelanggan atau pihak berkuasa. Aplikasi Android ini kini boleh membuka lukisan yang lebih besar saiznya dan lebih kompleks berbanding sebelum ini.

7.  Sygic Aura Maps – Sygic|Semua Platforms |Percuma|

11Sygic Aura Maps merupakan sebuah aplikasi yang menawarkan peta berkualiti tinggi yang disimpan dalam peranti Android bersama-sama dengan set navigasi yang dapat membantu dalam  pemanduan dengan bantuan suara terutama dalam menyusuri bandaraya besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya. Bahagian yang terbaik mengenai aplikasi ini ialah  ianya merupakan aplikasi ‘offline’ dimana talian internet tidak diperlukan bagi tujuan navigasi.

 

‘BACK-UP’ DATA SECARA ATAS TALIAN DAN TEMPAT PENYIMPANAN DATA

 8.  Dropbox – Dropbox.Inc | Semua Platforms | Percuma|

12Salah satu aplikasi terbaik Android untuk perancang bandar yang bekerja secara atas talian atau melakukan banyak tugasan berkaitan penulisan laporan, persembahan slaid, lukisan atau mengendalikan fail GIS yang besar melalui Internet adalah denganDropbox. Ini kerana ia merupakan salah satu aplikasi yang paling popular dalam talian bagi penyimpanan data. Ramai di antara kita sudah menggunakan Dropbox di computer peribadi untuk berkongsi dan memindahkan maklumat dan perkhidmatan telah mula menggunakannya di peranti Android. Pengguna Dropbox diberikan 2GB ruang secara percuma pada mulanya dengan keupayaan untuk dinaiktaraf kepada 16GB. Mana-mana jenis fail yang disimpan di dalam komputer boleh disimpan di dalam Dropbox termasuklah dokumen MSWord, PowerPoint persembahan slaid, fail GIS, gambar, dan juga video.

9IDrive – IDrive.Inc|Semua Platform|Percuma|

13IDrive merupakan salah satu daripada aplikasi Cloud Android sebagai ‘backup’ data dalam talian. Aplikasi ini kebanyakannya digunakan untuk membuat ‘backup’ data yang disimpan secara langsung pada telefon seperti senarai kenalan, gambar, janji temu, kalendar dan lain-lain bagi memudahkan penyimpanan dan penggunaan semula data. Pengguna  iDrive boleh menikmati 5GB penyimpanan secara percuma dengan keupayaan untuk menaik taraf ke akaun peribadi atau perniagaan sebanyak 100 + GB. Perkhidmatan ini juga berfungsi sebagai ‘backup’ kepada komputer supaya mana-mana jenis fail yang disimpan dalam komputer boleh disimpan di dalam iDrive.

10. Zip Cloud– Zipcloud.com|Semua Platforms|Percuma|

14Aplikasi ZipCloud menawarkan  jumlah ruang simpanan yang tidak terhad untuk satu pelan bulanan yang rendah. Sistem ini mesra pengguna dan mampu untuk  dihubungkan  ke komputer anda secara automatik secara harian oleh pengguna. Dengan ZipCloud kita boleh memuat naik fail sehingga 1GB secara percuma. Jika anda memerlukan lebih besar saiz penyimpanan, bolehlah melanggan pelan langganan bulanan 75GB, 250GB secara tanpa had.

 

Rujukan:

‘Introducing Android: The World’s Most Powerful Mobile Platform’, www.android.com.

‘Android Apps on Google Play’, www.android.com.

Hink 2011, ‘10 Apps (or so) That Every Planner Should Have’, www.cyburbia.org.

‘What is Anroid? – A Beginners Guide’, www.goharsh.com.

‘What is Android: Intorduction, Features & Application’ , www.engineersgarage.com

‘Apps For Smartphones and Tablets’ , www.esri.com

 

 

Oleh:

Zulkifli Marzuki

Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Bahagian Rancangan Fizikal Negara

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.