Prototaip ECO-OSC BOX

Pada 20 Ogos 2013, Bahagian Perancangan Wilayah Telah menyertai pertandingan KIK di peringkat Jabatan Perancangan Bandar  dan Desa Semenanjung Malaysia yang diadakan di Dewan Kristal Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Hasil daripada percambahan fikiran daripada ahli kumpulan, semua telah bersetuju untuk membawa projek recycle box dengan terhasilnya Prototaip ECO-OSC BOX. ECO-OSC BOX yang telah dihasilkan ini adalah daripada rasa tanggungjawab ahli kumpulan kepada kepentingan  penjagaan alam sekitar melalui program-program Recycle.

Ahli Kumpulan Eco-Line Bahagian Perancangan Wilayah 2013

Ahli Kumpulan Eco-Line Bahagian Perancangan Wilayah 2013

Secara ringkasnya, ECO-OSC BOX ini direka khas untuk kertas A4 ‘one side clean’ yang tidak digunakan semula. Jika sebelum ini kertas A4 ‘one side clean’ yang tidak digunakan semula di ruang kerja anda di buang, diletak didalam keadaan yang tidak tersusun dan dibiarkan berlonggok di sebelah printer anda. Maka dengan terhasilnya ECO-OSC BOX ini, penambahbaikan dari aspek rekabentuk, kemudahan, dan dapat membantu mengurangkan pembaziran kertas A4. Bagi menjayakan projek ini, terdapat juga beberapa kekangan yang dihadapi oleh kumpulan iaitu dari faktor kewangan dan kemahiran teknikal bagi menghasilkan eco-recycle box yang berinovasi tinggi. Walaubagaimanapun, diharap ahli-ahli kumpulan dapat memperolehi pengalaman di dalam menjayakan projek KIK ini dan terus bersemangat untuk terlibat di dalam projek KIK pada masa akan datang.

Prototaip ECO-OSC BOX

Prototaip ECO-OSC BOX

 

 

Konsep, Lakaran dan keratan rentas rekabentuk Recycle box

Konsep, Lakaran dan keratan rentas rekabentuk Recycle box

 

 

Lakaran dan keratan rentas rekabentuk Recycle box pada masa akan datang

Lakaran dan keratan rentas rekabentuk Recycle box pada masa akan datang

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.