Bahaya ‘DENGGI’

Aedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah demam denggi berdarah.

Ia juga punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Kebanyakan kes meningkat ketika musim lepas hujan, di mana banyak air bertakung dan lopak air terbentuk, menyebabkan nyamuk mudah membiak, terutama Aedes.

“Ada empat jenis denggi iaitu demam denggi, denggi berdarah, kejutan denggi dan denggi klasik. Setiap satunya mempunyai definisi berbeza. Misalnya, demam denggi paling kerap berlaku dan simptomnya hanya demam dan selesema.

“Manakala denggi berdarah paling ditakuti yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda. Kejutan denggi (DSS) pula adalah paling bahaya dan paling tinggi berlaku kematian.

“Bagi denggi klasik pula, biasanya pesakit berasa sengal pada badan, cirit-birit, mual selain mengalami ruam kemerahan dan dianggap sebagai masalah kesihatan biasa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur, Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara rantau tropika.

Sesiapa yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selesema dan ciri klinikalnya berbeza mengikut umur pesakit.

“Lazimnya kanak-kanak dan orang tua lebih berisiko mendapat demam denggi disebabkan antibodi tidak kuat. Malah, kanak-kanak lelaki lebih berisiko mendapat penyakit ini berbanding perempuan.

“Bagi mengelak gejala ini, orang ramai disaran minum banyak air mati, menjaga kebersihan serta tidak membuka tempat yang boleh membiakkan nyamuk Aedes. Misalnya di bawah piring pasu bunga, tin kosong dan tayar kosong yang bertakung air,” katanya.

denggi
Bagaimanakah penyakit ini boleh merebak?

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi. Ia berupaya menyebarkan penyakit kepada manusia dalam masa lapan hingga 12 hari selepas menghisap darah manusia.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudian dipindahkan kepada manusia ketika proses menghisap darah.

Sebaik saja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, lalu bermulalah penyakit ini.

Bagaimana mahu mencegah demam denggi?

  Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

  Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  Tutup rapat semua bekas air seperti baldi, tangki. Letak ubat jentik-jentik.

  Buang air dan basuh piring pasu bunga setiap minggu.

  Bersihkan persekitaran rumah. Buang tin atau botol yang boleh menakung air.

  Elak melawat kawasan berisiko tinggi pada siang hari.

  Lindungi diri daripada gigitan nyamuk.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.