Kajian Profil Bandar Kedua (KPB2)

KPB22222

Kajian Profil Bandar (KPB) disediakan susulan dari DPN2, Langkah III iaitu bagi “Mewujudkan Sistem Maklumat Bandar Melalui Kajian Profil Bandar”. Kajian ini melibatkan dua (2) fasa iaitu KPB Fasa 1 pada tahun 2009 yang melibatkan 150 buah bandar manakala KPB2 yang telah tamat pada 13 November 2013 ini akan memprofilkan 99 buah bandar lagi. Kajian ini merupakan satu Laporan Bertulis yang disokong dengan Rajah, Foto dan Pelan Guna Tanah bagi  249 buah bandar di Semenanjung Malaysia yang mengandungi:

1)    Maklumat Profil dan Latar Belakang Bandar;

2)    Data Penduduk;

3)    Titik Pusat Perbandaran dan Sempadan Bandar;

4)   Senarai Kemudahan, Kediaman, Aktiviti Ekonomi, Pelancongan, KSAS, Institusi dan Kemudahan Masyarakat; dan

5) Analisis Pencapaian Hierarki Bandar Beserta Cadangan Penambahbaikan.

Kajian ini meliputi sebelas (11) buah negeri di Semenanjung Malaysia yang telah disenaraikan di dalam Laporan Dasar Perbandaran Negara (DPN) pada tahun 2006. Terdapat tujuh (7) hierarki bandar dan 249 buah bandar di Semenanjung Malaysia yang diprofilkan menurut DPN iaitu:

1)    Konurbasi Pertumbuhan Negara (merangkumi 44 buah bandar yang meliputi keseluruhan Konurbasi Kuala Lumpur);

2)    Konurbasi Pertumbuhan Wilayah (merangkumi 39 buah bandar yang terletak di bawah Konurbasi Georgetown, Konurbasi Johor Bahru dan Konurbasi Kuantan);

3)    Konurbasi Pertumbuhan Separa Wilayah (merangkumi 6 buah bandar yang merangkumi Konurbasi Ipoh dan Konurbasi Melaka);

4)    Konurbasi Pertumbuhan Negeri (merangkumi 9 buah bandar dalam Konurbasi Kuala Terengganu, Konurbasi Kota Bharu, Konurbasi Alor Setar dan Konurbasi Kangar);

5)  Konorbasi Pertumbuhan Daerah (merangkumi 8 buah bandar dalam Konurbasi Muar-Batu Pahat-Kluang, Konurbasi Lumut-Sitiawan-Manjung dan Konurbasi Temerloh);

6)   Pusat Petempatan Utama (merangkumi 41 buah bandar di Semenanjung Malaysia ); dan

7)   Pusat Petempatan Kecil (merangkumi 102 buah bandar di Semenanjung Malaysia);

Walaupun senarai bandar yang dikenalpasti di dalam DPN hanyalah 241 buah sahaja. Namun disebabkan ulasan PBT/PBN untuk menambah dan menggantikan senarai bandar semasa Kajian Profil Bandar Ke-2 dijalankan, maka bilangan bandar telah bertambah kepada 249.

Dasar Perbandaran Negara (DPN) Tahun 2006 telah mendefinisikan Bandar sebagai kawasan yang Diwartakan dan Tepu Bina yang bersempadanan dengannya serta gabungannya yang Terletak Dalam Had Sempadan Bandar dan mengandungi perkara-perkara berikut:

1)    Kawasan Petempatan dan Kawasan Komited Yang Telah Diluluskan;

2)    Penduduk Minima 10,000 Orang;

3)    Sekurang-kurangnya 60 Peratus Penduduk Bekerja (Berumur 15 Tahun dan Ke Atas) Yang Terlibat Dengan Aktiviti Bukan Pertanian;

4)    Densiti Kasar Minima Penduduk Adalah 50-60 Orang Per Hektar; dan

5)   Kemudahan-kemudahan Perbandaran Disediakan.

Berdasarkan KPB, bandar yang mempunyai paling ramai penduduk ialah Kuala Lumpur dengan jumlah 1.3 juta orang manakala bandar paling sedikit penduduknya ialah Bandar Lumut 511 orang.

Secara keseluruhannya Kajian Profil Bandar ini akan memprofilkan 249 buah bandar di Semenanjung Malaysia dalam bentuk Laporan Bertulis mengikut negeri dan juga dalam bentuk Sistem Web-Based (Sistem Maklumat Profil Bandar ataupun secara ringkasnya SMPB).

Sempadan Bandar

Disediakan Oleh:

Zulkifli bin Marzuki, Unit Dasar Perbandaran Negara, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBD Semenanjung Malaysia

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.