Majlis Perasmian Publisiti & Penyertaan Awam Draf RKK Pengkalan Kubor

 

RKKPK 6

Majlis perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengkalan Kubor  telah diadakan pada 03 Disember 2013 bersamaan 29 Muharam 1435H bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tumpat iaitu Tn. Haji Mohd Sobri bin Haji Ramli dan Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Tn. Haji Anaspekri Bin Haji Mahiddin. Seramai 200 orang tetamu telah hadir ke majlis perasmian tersebut yang terdiri daripada wakil agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga, persatuan penduduk serta penduduk setempat.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat kitab suci Al-Quran yang disampaikan oleh qari jemputan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh YDP Majlis Daerah Tumpat serta Pengarah Pejabat Projek Zon Timur dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood.

RKKPK 4

Dalam ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, beliau telah memberikan penekanan kepada kepentingan hebahan dan kesedaran program penyertaan awam dalam kajian RKK di kalangan masyarakat awam khususnya penduduk setempat. Beliau turut menyarankan kaedah dan medium hebahan serta publisiti yang dijalankan oleh agensi yang terlibat perlu dijalankan secara lebih menyeluruh dan proaktif bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dibuat dapat diterima oleh golongan masyarakat dan secara tidak langsung akan menggalakkan masyarakat awam untuk terlibat secara aktif dalam mengutarakan sebarang pandangan, bantahan ataupun cadangan terhadap kajian RKK ini.

RKKPK 3

Majlis perasmian disempurnakan dengan gimik penyerahan laporan draf RKK Pengkalan Kubor oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa dan seterusnya sesi lawatan ke ruang pameran yang telah disediakan.

 

“Gerbang Negara, Indah Sejahtera” 

RKKPK 1

RKKPK 2

RKKPK 8

 

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.