MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS PEKAN IPOH – Bandar Warisan Bijih Timah 2020

mukadimah1

pic1edit3Majlis perasmian program publisiti & penyertaan awam Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah 2020 telah diadakan pada 12 Disember 2013 (Khamis) di Hotel Syuen Ipoh, Perak. Program ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung, serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak. Program publisiti ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Bandaraya Ipoh, Dato’ Hj. Roshidi bin Hj. Hashim, dan Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), Pn. Alimah bt Mohd Suri. Ahli jemputan yang hadir ke program tersebut terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga serta penduduk setempat.

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk mempamerkan Draf RKK Pekan Ipoh kepada orang awam untuk diperiksa dan mendapatkan maklumbalas serta pandangan dan bantahan dari orang awam bermula dari 12 Disember 2013 sehingga 8 Januari 2014 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja) di Ruang Lobi Majlis Bandaraya Ipoh.

Draf RKK ini mempunyai Pelan Tindakan pembangunan yang komprehensif dan berdaya laksana ke arah mewujudkan Ipoh sebuah bandar warisan yang memenuhi keperluan sosio-ekonomi dan penduduk tempatan.

Terdapat 8 entry point project (EPP) yang dicadangkan :

EPP 1 – Pemuliharaan Bangunan Dan Monumen Warisan

EPP 2 – Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Warisan Jalan Dato’ Maharaja Lela, Jalan Penglima, Lorong Panglima, dan Jalan Bijih Timah

EPP 3 – Pembangunan Rangkaian Hijau (green network) Sg. Kinta

EPP 4 – Penyediaan Rangkaian Jejak Warisan Sg. Kinta – Pekan Baru

EPP 5 – Zon Budaya Little India Sebagai Sumber Tarikan Pelancongan

EPP 6 – Pembangunan Semula Di Kawasan Zon Promosi Perancangan Ipoh (ZPP Ipoh)

EPP 7 – Pembangunan Lalulintas, Rangkaian Hijau Dan Imej Bandar

EPP 8 – Penaiktarafan Infrastruktur Dan Utiliti Bandar

pic2edit

Majlis ini diteruskan dengan lawatan oleh YB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad,  diiringi oleh Dato’ Hj. Roshidi bin Hj. Hashim dan Pn. Alimah bt Mohd Suri ke setiap panel pameran cadangan pembangunan Pekan Ipoh dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil pihak media tempatan.

pic3edit

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.