Berakhir tahun 2013…Azam terlaksana atau azam baru tahun 2014?

Salam 1 Malaysia…dan Selamat tahun baru 2014 Masihi

Capture

 

Tahun 2013 Masihi tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kepada penganut Islam Alhamdulillah kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan untuk menempuh tahun 2014 yang bakal muncul tidak lama lagi. Azam? Target? Pencapaian? Sasaran? semuanya pasti menjadi pegangan kita sebagai manusia yang berfikiran waras dalam memenuhi kehendak dan keinginan nafsu kita. TETAPI adakah semuanya tercapai?

Dalam pelbagai maksud ‘Azam’ adalah lebih kepada erti ‘bertujuan’/’bermaksud’/’berniat’/’cita-cita’/’berhasrat’/ dan mungkin banyak lagi pemahaman erti azam. Perkataan azam ini berkemungkinan besar memberi makna tercapai dengan apa yang dihasratkan atau mungkin tidak tercapai dengan apa yang dihasratkan.

Dalam konteks azam, pelbagai azam yang ingin kita penuhi. Ada yang berazam untuk berkahwin, ada yang berazam untuk mendapat anak, ada yang berazam untuk membeli rumah dan bermacam lagi azam kita. Bagi seorang penjawat awam pula azam tiap-tiap tahun kita semestinya adalah ingin mendapatkan keputusan SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) yang cemerlang dan terbaik. Dengan tugas-tugas yang telah diamanahkan dan dapat diselesaikan dengan output berkualiti, menepati tempoh piagam pelanggan dan sebagainya semestinya salah satu AZAM kita telah tercapai.

Kepada rakan-rakan dalam JPBDSM, adakah azam tahun 2013 anda semua tercapai? atau menanti disambung ke Tahun 2014 Masihi yang bakal muncul beberapa hari lagi? Ingat, azam ini nampak remeh tetapi TANPA AZAM mungkin hidup kita dibuai alunan ombak yang tiada penghujungnya…

“cita-cita perlu bagi manusia yang hidup. Manusia yang tidak bercita-cita bukanlah sebenarnya dia hidup, tetapi itu adalah kematian kerana manusia yang tidak bercita-cita, sudah mati batinnya dan kematian batin adalah sama dengan hidup dalam kubur”-Abu Hanifah ra

“setiap kehidupan mempunyai celah yang kosong. Celah itu perlu diisi dengan cita-cita. Sekiranya tidak, ia tetap kosong dan tidak mempunyai faedah buat selama-lamanya”-Julia W.Howe

Abdullah Ab Rahman

BPKSP 2013

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.