Bemerken vanaf Enschede – Siri 7 : Bersih dan Indah…

foto 17

foto 18

Mengapa begitu sukar untuk melihat keindahan dan kebersihan bandar-bandar di Malaysia? Bandar mesti digambarkan dengan kekotoran dan kesesakan. Ianya amat tidak sesuai untuk beriadah. Bukan tidak ada, tapi mungkin jika tempat itu tempat baru atau eksklusif seperti di Putrajaya dan Bukit Bintang. Ataupun setelah tempat-tempat itu dibersihkan oleh pekerja-pekerja bandaran!

Keadaan ini sukar untuk kita lihat di bumi belanda atau jika tidak keterlaluan di Eropah. Semuanya indah-indah saja. Tidak ada sampah di kiri kanan jalan. Tidak ada semak samun atau lalang di ruang-ruang kosong atau celah-celah bangunan mahupun di sepanjang jalan. Semuanya dijaga dengan rapi.

Mungkinkah pekerja-pekerja bandaran di sana rajin-rajin belaka? Ataupun cuaca sejuk membuatkan orang rajin menjaga kebersihan dan tidak bernafsu membuang sampah sesuka hati? Persoalan inilah yang sering bermain di fikiran saya tatkala melihat sampah-sampah berselerak di mana-mana saja di kawasan kita.

Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. Ianya sudah tentu bermula di rumah. Tidak salah generasi muda membuang sampah sesuka hati jika generasi tuapun masih melakukan perkara yang serupa. Pernahkah kita terfikir, mengapa kawasan rekreasi kita terdapat banyak sampah sedangkan ia adalah tempat rekreasi. Sudah tentu pengunjung yang datang ke situ adalah orang yang cintakan kedamaian dan keindahan. Tetapi mengapa pengunjung itu juga yang mengotorkan kawasan itu? Tidakkah ianya satu naluri yang bertentangan?! Sama-samalah kita fikir. tot ziens

Catatan : Kimi Hussain

Nota : Artikel pendek ini merupakan catatan pengalaman penulis bersama lapan pegawai JPBDSM semasa menjalani kursus jangka pendek di International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC), Enschede, Netherland pada April hingga Mei 2005.

[Artikel ini pernah disiarkan di dalam majalah The Superb Post issue 20 Vol. 3 di dalam ruangan ‘Bemerken vanaf Enschede’ terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Alor Setar, Januari 2006]

 

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.