Fasa 2 I-PLAN bermula 2014

IMG_3607a

IMG_3606b

Setelah Fasa 1 Projek I-Plan berjaya siap pada hujung tahun 2013, kini, projek pembangunan sistem maklumat gunatanah bersepadu atau I-Plan telah melangkah ke hadapan ke tahap Fasa 2 yang dijadual untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2014. Perunding telah bersetuju kepada Jawatankuasa Pemandu I-Plan pada hujung tahun 2013,  bahawa, ianya akan memikul tanggungjawab mengumpulkan data gunatanah sedia ada, gunatanah komited dan zoning bagi semua 11 negeri akan tetapi mereka akan hanya dibiayai berpandukan keperluan Asas Rujukan yang menetapkan pengumpulan data gunatanah bagi 5 negeri dijalankan bagi tahun 2014 yakni Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor . Semalam, Mesyuarat Pengumpulan Data Gunatanah telah diadakan di JPBD Pualau Piang dan sebelum itu, Mesyuarat yang sama telah diadakan di JPBD Kedah dan JPBD Perlis pada 17.2.2014 dan 18.2.2014 masing-masing. Mesyuarat seperti berikut dijadual akan diadakan pada bulan Februari-Mac bagi semua negeri.

 

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.