Bengkel Penggubalan Dasar: Pengenalpastian dan Peracangan Projek Melalui Teknik Logical Framework Approach (LFA)

Foto1:Bacaan doa oleh En. Zulazhar Abd Ghani dan hadir sama En. Mohd Rafizu Muda dan En. Abdul Rahim dari INTAN.

Pada 20-22 Disember 2010, Unit Penyelarasan Projek,JPBD telah menganjurkan satu bengkel berkenaan Logical Framework Approach (LFA) di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur. Penganjuran bengkel adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta teknik LFA sebagai persediaan untuk perancangan projek-projek jabatan, khususnya bagi second rolling plan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Seramai tiga penceramah daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah dijemput bagi mengendalikan bengkel tersebut dan bengkel telah dihadiri oleh  seramai 18 peserta yang terdiri daripada wakil bahagian-bahagian di JPBD Ibupejabat, JPBD Negeri dan seorang wakil dari Unit Perancang Ekonomi. Gambar sekitar bengkel diadakan:

Foto2:En Abdul Muhaimin Abdul Latiff, Penyelaras Program Kanan INTAN memberi ceramah berkaitan LFA

 

 

 

 

Foto3:Dari kiri, Cik Mastura Zuber (Unt. Penyelarasan Projek), En Sukri Hj. Baharom (Bhg. Ranc. Fizikal Negara) dan Puan Shamsinar Mohd Jaafar (Unt. Perancang Ekonomi, JPM)

 

 

 

Foto4:Dari kiri, Pn Hamidah Khalil (JPBD Negeri Kedah), En. Zulazhar Abd. Ghani (Unt. Penyelarasan Projek), En. Nasrul Hadi Jukun Naim (Pej. Proj. Zon Tengah) dan Tn Hj. Abd. Aziz Abdullah (Pej. Proj. Zon Selatan)

 

 

 

Foto5:Di antara contoh Logical Framework Matriks (LFM) yang telah dihasilkan dari sesi perbincangan kumpulan yang dijalankan.

 

 

 

 

Bengkel kali ini telah memperincikan pendekatan LFA ini sebagai satu teknik yang boleh menganalisis dan mengenalpasti potensi dan risiko untuk mencapai objektif dan juga outcome sesuatu program/projek yang dicadangkan. Adalah ditekankan bahawa ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat secara berpasukan dan berbentuk iteratif serta melibatkan banyak pihak. Justeru, kaedah LFA ini TIDAK BOLEH dilaksanakan oleh satu atau dua orang sahaja. Ini kerana hasil yang diperoleh melalui perbincangan yang berulang-ulang dan melibatkan banyak pihak adalah penting untuk memuktamadkan maklumat yang diperlukan bagi menyediakan program atau projek.

Sehubungan itu adalah diharapkan bengkel ini dapat memberi pendedahan awal kepada para peserta berkaitan dengan teknik ini sebagai persediaan untuk perancangan projek bagi program-program di bahagian/unit masing-masing; khususnya untuk second rolling plan pada Bulan September 2011 nanti.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.