Sesi Perkongsian Ilmu: Sesi Renungan dan K-Book Bahagian Rancangan Fizikal Negara

aPengenalan 

Mengimbau kembali Perhimpunan Awal Tahun Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) telah diadakan pada 30 Januari yang lalu, artikel pada kali ini akan cuba mengimbau semula dan berkongsi tentang intipati sesi Renungan dan juga pembentangan ‘K-Book’,  BRFN yang boleh dijadikan sebagai panduan dan ilmu yang berguna kepada semua.

Sesi Renungan

Pembentangan ini disampaikan oleh YBhg. Datin Nor Ashikin Binti Hj.Kumasi, Penolong Pegawai Perancang Bandar (Tertinggi) yang bertajuk Healty Lifestyle’. Tajuk yang dipilih berkisar tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Kehidupan gaya hidup sihat  akan menghasilkan kesihatan minda, badan dan jiwa. Antara langkah- langkah ke arah gaya hidup sihat yang disyorkan ialah:

1. Makan Makanan Yang Seimbang dan Berkhasiat 

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

2. Menjalinkan Hubungan Baik Dengan Keluarga, Jiran dan Rakan- Rakan

Hubungan yang baik sesama manusia dapat membantu seseorang untuk hidup dalam keadaan sihat, dengan interaksi sosial mengurangkan tekanan yang dihadapi sewaktu bekerja atau konflik dalam diri sendiri.

 

3. Mengambil Rehat Yang Mencukupi

Di samping itu, kita juga hendaklah mengambil rehat yang mencukupi. Dengan rehat yang mencukupi,  akan mengeluarkan aura positif terhadap kehidupan, keseimbangan kehidupan yang merupakan  komponen penting dalam gaya hidup sihat.

4. Melakukan Aktiviti Fizikal

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

 

5. Menjaga Kebersihan

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke tempat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibakar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Pembentangan ‘K- Book’

BPembentangan K-Book pada kali ini pula disampaikan oleh lapisan pegawai dari Unit Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara, yang terdiri daripada Encik Mohd Rizal bin Osman, Puan Nur Suhaida Binti Azemi, Encik Mohd Sanny Bin Mohd Rashid dan Cik Nur Izzati Binti Zulkiflee. Tajuk buku yang dipilih adalah ‘The Abundant Community’ karya penulisan John McKnight dan Peter Block.

‘The Abundant Community’ cuba menyedarkan mengenai komuniti yang memerlukan semangat kekeluargaan dan kehidupan berjiran supaya dapat mewujudkan masyarakat  yang sihat, mewujudkan pekerjaan, melindungi tanah , dan menjaga warga tua. Buku ini menunjukkan bagaimana cara  untuk memupuk semangat sukarela dan membolehkan setiap pakar dikongsi bagi manfaat bersama. Buku ini juga menawarkan cara –cara praktikal untuk mewujudkan kehidupan bersama jiran dan keluarga.

Terdapat tujuh (7) elemen kepuasan sebuah kejiranan tempatan atau masyarakat yang diketengahkan dalam buku ini seperti berikut:

1. Kejiranan merupakan sumber utama kepada kesihatan kita;

2. Adakah kita merasa selamat di kawasan kejiranan?;

3. Masa depan bumi terutamanya alam sekitar merupakan tanggungjawab paling berat;

4. Kita mempunyai kuasa untuk membina ekonomi yang berdaya tahan;

5. Kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap makanan untuk dimakan; dan

6. Kita sebagai masyarakat tempatan perlu membesarkan anak-anak.

Buku ‘The Abundant Community’ ini  juga secara umumnya dibahagikan kepada tiga  (3) bahagian iaitu:

1. Perubahan Dari Masyarakat Kepada Pengguna

Masyarakat memerlukan kepuasan dalam kehidupan contohnya kesihatan seperti ubat-ubatan, hospital dan perkhidmatan lain yang lama kelamaan menjadi perniagaan dan ini menyebabkan kurangnya penghargaan kepada hubungan kejiranan atau kurangnya aktiviti rekreasi.

2. Pemilihan Kepuasan Cara Hidup

Rukun kelimpahan (The Tenets of Abundance) yang menceritakan tentang:

i.  Apa yang sedia ada adalah mencukupi;

ii. Kita juga mempunyai kapasiti untuk meyediakan apa keperluan yang dihadapi oleh  manusia;

iii. Kita menganjurkan dunia dalam konteks kerjasama dan kepuasan;

iv. Kita bertangungjawab antara satu sama lain; dan

v. Kita hidup dalam keadaan reality.

3. Mewujudkan kelimpahan antara kuasa kekeluargaan dan kejiranan.

Dengan kemahiran, bakat dan kapasiti yang wujud sekitar persekitaran komuniti, membuatkan ia dapat dilihat dikejiranan. Kemahiran menjadi berguna apabila ia berhubung antara satu sama lain.“Community Connectors” atau penghubung komuniti perlu menjadi pemangkin untuk menghubungkan persatuan penduduk dalam mewujudkan forum dalam sesebuah masyarakat. Kombinasi kemahiran dalam komuniti turut mencipta kelimpahan komuniti yang diperlukan.

Secara kesimpulannya, John McKnight dan Peter Block telah menulis sebuah buku yang berwawasan berkenaan dunia yang kita sedang lalui, dunia yang perlu diwujudkan jika kita perlu mengatasi krisis yang sedang mengancam kini seperti perubahan ekonomi, kos kemanusiaan, ekologi, dan juga kos kewangan yang berkaitan dengan perubahan iklim. Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.

Sekian terima kasih.

Ummi Mohd Nasir, BRFN

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.