Menangani Tekanan di Tempat Kerja

1ht_makeaworkplace16__01__630x420

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan di tempat kerjanya. Sifat sabar boleh bertukar menjadi panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesan buruk akibat tekanan di tempat kerja. Berikut beberapa tips ringkas menangani tekanan di tempat kerja.

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja.

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan bertangguh kerja.
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan bijak.

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah.

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.

Mempunyai Sikap Yang Betul

  • Terhadap Perubahan Dalam Kerja.
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur.

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda.

Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

Amalkan Cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu.
  • Berurut atau mengunjungi spa.
  • Bercuti.
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.
  • Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.

 

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.