PAPAN TANDA JALAN: Arah Mana Harus Dituju?

1PENGENALAN

Anda boleh melihatnya di mana-mana saja, setiap hari….tetapi tahukah anda Papan Tanda bukan sahaja untuk menunjukkan jalan, malah papan tanda menceritakan pelbagai maksud. Sebagai perancang bandar, jalan dan lokasi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu pembangunan. Papan tanda merupakan salah satu perabot jalan dan komponen sistem jalan yang penting. Fungsi papan tanda jalan adalah untuk mengawal, memberi amaran dan panduan kepada pengguna jalan raya. Antara maklumat yang dipaparkan adalah nama tempat, destinasi, arah, jarak, nombor laluan, amaran bahaya, amaran persimpangan dan lain-lain. Pemasangan papan tanda jalan dibuat mengikut keperluan undang-undang, fakta dan kajian.

 

PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMASANGAN PAPAN TANDA JALAN

Pemasangan papan tanda jalan perlulah mengikut prinsip-prinsip asas seperti berikut:

i.  Mudah dilihat oleh pemandu pada kelajuan yang ditetapkan;

ii. Menarik perhatian pemandu;

iii. Mengandungi maklumat yang diperlukan oleh pemandu;

iv. Lokasi pemasangan tidak menyebabkan gangguan kepada pandangan dan keselamatan pemandu;

v. Memberi masa yang mencukupi kepada pemandu untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dipaparkan; dan

vi. Konsisten iaitu paparan yang serupa membawa maksud yang sama kepada pengguna jalan raya.

 

KUASA DAN TANGGUNGJAWAB

Di bawah AKTA 333, Akta Pengangkutan Jalan 1987 Klausa 67. Pengurusan jalan raya telah dipertanggungjawabkan kepada:

i.  Menteri Kerja Raya;

ii. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM);

iii.Kerajaan Negeri; dan

iv. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

KATEGORI PAPAN TANDA JALAN

Secara amnya, papan tanda jalan boleh dikategorikan seperti berikut:

A. Papan Tanda Peraturan Regulatory Signs (Prohibitive and Mandatory)

Papan tanda ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

i) Papan Tanda Peraturan Trafik

Papan tanda ini untuk mengarahkan pengguna jalan raya mengenai apa yang mereka perlu atau patut lakukan (atau tidak) bagi sesuatu keadaan. Contohnya papan tanda yang terletak di jalan dan kawasan tempat letak kereta atau papan tanda di taman awam dan pantai.

ii) Papan Tanda Peraturan Non-Traffic Papan tanda ini untuk peraturan-peraturan bukan di jalan raya. Contohnya kenderaan tanpa pelekat letak kereta akan ditunda dan papan tanda dilarang merokok untuk kawasan larangan merokok. 3          

 

 

 

 

 

 

B. Papan Tanda Amaran (Warning Signs)

  • Untuk memberi tanda amaran / bahaya kepada pengguna jalanraya.
  • Papan tanda menggunakan warna yang terang (merah).

4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C. Papan Tanda Sementara (Temporary Signs)

  • Untuk memberi tanda amaran kepada pengguna jalanraya
  • Papan tanda di pasang untuk sesuatu jangka masa sahaja seperti semasa kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D. Papan Tanda Panduan (Guide Signs)

i. Papan Tanda Destinasi;

  • Untuk memberi isyarat awal / masa yang mencukupi kepada pemandu untuk masuk ke laluan bersesuaian sebelum tiba di jalan keluar atau persimpangan.
  • Diletakkan antara 500 hingga 1000 meter sebelum tiba jalan keluar atau persimpangan.

6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ii. Papan Tanda Arah;

  • Diletakkan di antara 100 hingga 150 meter sebelum tiba persimpangan utama atau sebelum persimpangan menuju ke jalan utama.
  • Dibina dalam bentuk stack (di mana arrow menunjukkan arah destinasi) atau map (biasanya digunakan untuk roundabouts dan persimpangan/interchanges yang kompleks).

7

iii. Papan Tanda Jarak;

  • Diletakkan selepas sesuatu persimpangan atau interchange.
  • Kebiasaannya Papan Tanda Jarak diletakkan di lokasi berikut:
  •  200 meter dari turning roadway atau 150 m selepas acceleration lane.
  •  Di sempadan antara daerah atau 100 meter melepasi sempadan daerah.
  •  Setiap jarak 20 kilometer sepanjang jalan.

8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

iv. Papan Tanda Keterangan;

  • Memberitahu pemandu / pengguna jalanraya sesuatu tempat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan lain-lain.
  • Disediakan samada dalam bentuk simbol atau perkataan.
  • Kebiasaannya diletakkan di lokasi papan tanda mengikut keperluan.

9

 

v. Papan Tanda Seksyen;

  • Dipasang untuk rujukan lokasi di sepanjang lebuhraya.
  • Memudahkan penandaan kawasan berbahaya dan juga bagi tujuan penyenggaraan.
  • Dipasang pada setiap jarak 100m di sepanjang lebuhraya.
  • Pada setiap jarak 1km, Nombor Laluan Jalan akan di tulis di Penanda Seksyen.

10

vi. Papan Tanda Nombor Laluan Jalan (Route Markers); dan

  • Dipasang / diletak di semua papan tanda jarak dan tiang km di sepanjang jalan.

11

vii. Papan Tanda Kilometer (KM).

  • Dipasang di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri untuk tujuan penyenggaraan / rujukan (referencing).
  • Terdapat dua (2) jenis iaitu:

       Tiang KM Jenis A (dipasang setiap jarak 5 kilometer); dan

12

Tiang KM Jenis B (dipasang setiap jarak 1 kilometer)

13

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, papan tanda jalan bukan sahaja penting kepada pengguna jalan raya sebagai panduan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu tempat, malah sebagai Perancang Bandar pengurusan lalu lintas termasuklah jalan dan lokasi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu perancangan gunatanah. Oleh itu, adalah amat penting untuk semua pihak bersama-sama menjaga papan tanda seterusnya mematuhi papan tanda yang disediakan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

14

 

 

 

Sumber:

http://www.kkr.gov.my/ms/node/27024

 

Disediakan Oleh:

Noorliana bt Abd Ghani,

Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBDSM

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.