PROGRAM BIODIVERSITI DI HUTAN SIMPAN NEGERI ENDAU – ROMPIN, PAHANG

SONY DSC

Pada 25 – 27 Jun 2014 yang lalu, Bahagian Perancangan Wilayah telah menjaankan satu Program Biodiversiti Hutan Simpan Negeri Endau Rompin, Pahang yang telah dihadiri oleh setiap lapisan pegawai BPW.

Perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam daripada Kuala Lumpur ke Rompin dan tiba di Hutan Simpan Negeri Rompin pada jam 4 petang. Sejurus tiba, satu taklimat awal daripada En. Zulkiflee berkenaan aktiviti program yang akan dijalankan. Beliau juga berkongsi ilmu tentang pantang larang semasa berada di kawasan Hutan Simpan Negeri.

Setelah mendengar taklimat oleh En. Zulkifle, satu taklimat satu lagi taklimat berkenaan pengurusan dan pembangunan Taman Negeri Endau Rompin telah disampaikan oleh En. Shahril, Penolong Pegawai Perhutanan daripada Jabatan Parhutanan Daerah Rompin.

Pada sebelah malam, Aktiviti luar dimulakan dengan ‘nightwalk’ sejauh 2 kilometer dan sebelum itu, peserta telah diberi tips-tips semasa berada di dalam hutan di waktu malam. Para peserta telah mendapat pengalaman berharga menikmati suasana hutan taman negeri pada waktu malam.

Pada hari kedua, aktiviti mengembara di dalam hutan simpan telah diadakan dimana perserta dibekalkan bahan-bahan mentah untuk dimasak di dalam hutan. Aktiviti yang mengambil masa satu hari ini juga telah memberikan pengalaman yang berharga kepada setiap peserta seperti merentasi sungai, perjalanan yang mengambil masa sekitar 6 jam, aktiviti memasak di dalam hutan dan menikmati suasana air terjun.

Pada hari ketiga, Para peserta diberi pengalaman aktiviti ‘water tubing’ sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya kata, pengalaman mengenal flora dan fauna di dalam hutan simpan ini dengan lebih dekat diharap dapat memberikan ilmu dan pengalaman yang berharga kepada setiap lapisan pegawai di BPW.

SONY DSC

En. Zulkifle sedang memberikan taklimat berkenaan program yang akan dijalankan.

SONY DSCEn. Shahril. Penolong Pegawai Hutan Daerah memberikan taklimat berkenaan pengurusan dan pembangunan Taman Negeri Endau Rompin

SONY DSC

SONY DSC

Diantara Spesis pokok herba yang terdapat di dalam Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.

SONY DSC DSCN2574

Peserta menyeberangi sungai untuk sampai ke ‘checkpoint 1’ dengan perjalanan selama 2 jam.

DSCN2571

Diantara sepsis hutan yang terdapat di dalam taman negeri endau rompin.

DSCN2641

Aktiviti memasak di dalam hutan

20140626_153614

Air Terjun Seri Mahkota

20140627_114030

‘Water tubing’

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.