TANJUNG TUALANG

tjtualang1

Tanjung Tualang adalah sebuah pekan kecil di Daerah Kinta, yang dikenali sebagai Lembah Kinta Perak, Malaysia. Tanjung Tualang adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kinta Barat (Majlis Perbandaran Kinta Barat). Terdapat beberapa bandar yang berhampiran dengan kawasan tersebut iaitu Kinta Valley, Kampung Baru Chendrong, Batu Gajah, Kampung Gajah, Teluk Intan, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Pejabat Projek Zon Tengah telah mengadakan lawatan tapak ke Pekan Tanjung Tualang pada 12 Ogos 2014 lalu. Tujuan lawatan tapak diadakan adalah untuk melihat kawasan kajian bagi Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025, yang mana pekan  Tanjung Tualang adalah termasuk dalam kajian ini.  Perjalanan ke Pekan Tanjung Tualang  yang  mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kawasan tersebut . Terdapat beberapa laluan yang anda boleh gunakan, untuk sampai ke destinasi  ini, misalnya dari arah Batu Gajah, melalui Chenderoh, dan Tanjung Tualang . Sebaik sahaja sampai di Pekan Tanjung Tualang, saya menggambarkan satu kehidupan di kawasan luar bandar, yang masih mengamalkan aktiviti perkampungan.

Tanjung Tualang merupakan salah satu bandar perlombongan bijih timah utama di Malaysia sekitar awal 1900.  Nama pekan ini didapati dari pokok Tualang atau Toh Allang Cina Tin Ltd. Berikut adalah senarai syarikat perlombongan bijih timah yang pada satu masa dahulu  beroperasi dan mengawal kawasan perlombongan di Tanjung Tualang pada pertengahan 1900 ‘

  • Perak Rendah Tin Dredging
  • Southern Kinta Consolidated
  • Southern Malayan Tin Dredging
  • Austral Amalgamated Tin
  • Osborne & Chapple
  • Pernas Chartered Management
  • Malaysian Mining Corporation.

Dari segi sejarah kawasan ini dahulunya  penting bagi aktiviti perlombongan bijih timah. Bermulanya, Pada tahun 1970 terdapat 5 mesin pemprosesan bijih timah (juga dikenali sebagai Kapal Korek) pelbagai saiz, iaitu dari sazi kecil hingga saiz paling besar di dunia terdapat di Tanjung Tualang yang mana biasanya dimiliki oleh Syarikat Eropah manakala syarikat perlombongan tempatan memilih untuk menggunakan “Palong”  untuk aktiviti perlombongan.

Sekarang kawasan perlombongan tersebut ditukar menjadi kolam air tawar untuk membiak udang/ikan atau menjadi ladang pokok kelapa. Pada masa sekarang,  Pekan Tanjung Tualang secara meluas dipopularkan sebagai bandar yang terkenal dengan udang air tawar . Spesis udang air tawar yang bersaiz besar adalah  spesis keluarga krustasia yang amat digemari  oleh penggemar makanan laut dan pelancong.  Dengan adanya udang air tawar ini secara tidak langsung akan   dapat memberi daya tarikan utama untuk pekan kecil ini. Selain itu, Tanjung Tualang juga mempunyai kawasan ladang getah yang luas (sama ada yang memiliki secara peribadi atau perbadanan yang besar).

tjtualang2

Dari sudut permandangan saya, Pekan  Tg. Tualang ini perlu dinaik taraf ke prasarana yang lebih maju kerana dapat menambahkan pendapatan dari sektor pelancongan, sesuai dengan perancangan yang akan dilakukan melalui Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.