Program Kolaborasi Perancangan Dan Pelaksanaan Ke Atas Cadangan Pembangunan Projek-Projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)

Program Kolaborasi Perancangan Dan Pelaksanaan Ke Atas Cadangan Pembangunan Projek-Projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Dengan Kementerian Dan Agensi Di Peringkat Persekutuan Dan Negeri.

Semenjak Rancangan Malaysia Ke-Lima (RMKe-5), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) sebagai peneraju utama dalam bidang perancangan bandar dan desa telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan pelan-pelan tersebut seterusnya diserahkan kepada agensi pelaksana di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan untuk melaksanankannya. JPBD negeri seterusnya bertindak sebagai penasihat kepada agensi-agensi tersebut semasa pelaksanaan dijalankan melalui ulasan dalam proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM)

Walau bagaimanapun terdapat jurang antara perancangan dan pelaksanaan yang mengakibatkan sebahagian dari cadangan-cadangan pemajuan tidak dilaksanakan. Ini adalah akibat dari kurang maklum agensi-agensi akan cadangan-cadangan dan potensi pembangunan yang terkandung dalam Rancangan Tempatan. Ada kalanya potensi-potensi pembangunan yang melibatkan sektor swasta dan penduduk tempatan tidak sampai ke pengetahuan umum oleh kerana kekurangan yang terdapat dalam proses publisiti yang dijalankan. JPBD telah mengambil langkah untuk mengukuhkan bentuk dan kandungan rancangan tempatan serta meningkatkan taklimat kepada semua ’stakeholder’ akan tetapi kesinambungan dari perancangan ke pelaksanaan masih kurang berkesan. 

Sehubungan itu, Mesyuarat Perancangan Pembangunan Bersepadu Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, pada 3 September 2009 telah bersetuju bahawa rancangan pemajuan yang disediakan JPBD khasnya melalui RT boleh dirujuk kerana cadangan-cadangan komponen pembangunan adalah melewati pelbagai sektor dan disediakan secara site specific atau penentuan di dalam blok perancangan. Ini termasuk cadangan tapak pelbagai kemudahan seperti kemudahan keselamatan, kesihatan, pendidikan, kawasan lapang, dan lain-lain komponen guna tanah sektor ekonomi dan sosial seperti cadangan kawasan perniagaan, perindustrian dan kawasan perumahan termasuk cadangan Program Perumahan Rakyat (PPR). 

Lanjutan dari mesyuarat tersebut, JPBD telah terlibat secara langsung dalam memberi khidmat nasihat di peringkat perancangan cadangan program dan projek RMKe-10 serta peringkat pemeriksaan dan pemilihan (pemeriksaan belanjawan dan projek) cadangan program dan projek kementerian-kementerian yang telah diadakan antara awal bulan Mac sehingga April Tahun 2010. 

Berdasarkan semakan terhadap 59 RT yang dirujuk untuk tujuan tersebut: 

1)    Hanya 66.1% cadangan RT adalah merupakan ’site specific’.

2)    Tidak semua RT menyatakan bilangan kemudahan sedia ada dan cadangan dengan jelas untuk dirujuk di dalam pelan subjek yang disertakan.

3)    Tidak semua RT yang mempunyai cadangan perumahan merangkumi pengenalpastian cadangan lokasi serta jumlah unit perumahan kos rendah/mampu milik yang akan disediakan. (PPR kos rendah yang disediakan oleh pemaju)

4)    Hampir kesemua RT tidak menyatakan cadangan sistem pengangkutan awam yang merangkumi cadangan rangkaian perhubungan rel, bas serta teksi secara terperinci. 

Oleh yang demikian, sejauhmana kita bersedia untuk menjadikan dokumen perancangan yang disediakan oleh jabatan dirujuk oleh kementerian-kementerian luar bagi tujuan pengenalpastian projek Rancangan Malaysia Lima Tahun mereka?

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.