Tempoh Ideal Bagi Proses Pewartaan RT

Bagi sesiapa yang tidak pernah mengetahui apa itu Rancangan Tempatan (RT), ianya adalah merupakan satu dokumen rasmi serta pelan terperinci yang menterjemah dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur (RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. RT disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sehingga kini, terdapat 82 RT yang telah dan sedang disediakan di Semenanjung Malaysia oleh jabatan. Daripada jumlah tersebut 10 RT adalah dalam peringkat penyediaan dan 34 RT telah diwartakan. Selebihnya melibatkan 38 RT yang telah siap disediakan (Peringkat Draf Akhir RT) dan berada di pelbagai peringkat proses pewartaan (Rujuk Rajah 1.0)

Pewartaan sesuatu RT adalah sangat penting kerana RT yang telah diwarta adalah dokumen rasmi yang akan digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam memandu pembangunan di kawasan masing-masing khasnya dan Pihak Berkuasa Perancang Negeri umumnya.

Oleh yang demikian, isu kelewatan pewartaan bagi RT yang telah siap seringkali diperkatakan dan diperbincangkan. Untuk pengetahuan anda, selepas sesuatu RT siap disediakan sehingga peringkat draf akhir, ia akan melalui beberapa peringkat lain seperti yang termaktub di dalam Akta 172 sehingga pewartaan RT dapat dibuat. Sesuatu RT itu perlu terlebih dahulu melalui peringkat publisiti iaitu pameran kepada orang awam dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah selesai tempoh publisiti, ia akan dibawa untuk proses bantahan awam oleh Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran dan cadangan RT yang telah dipinda berdasarkan keperluan akan dimuktamadkan sebelum di bawa ke oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) untuk kelulusan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk perakuan dan warta.

Berdasarkan situasi semasa terhadap 37 RT (34 RT telah warta dan 3 RT dalam proses warta) tempoh yang diambil dari tarikh akhir publisiti sehingga perakuan MMKN  adalah dari 8 bulan hingga 45 bulan. (Rujuk Jadual 1.0)

Jadual 1.0 menunjukkan tempoh kelulusan RT mengambil masa yang agak lama dengan peratusan tertinggi adalah dalam tempoh 16-20 bulan dan kedua tertinggi adalah dalam 31-35 bulan untuk sesuatu Draf RT disedia bawa ke MMKN dan diperakui.

Sehubungan itu;

Adakah perlu / wajar sesuatu draf RT Akhir mengambil masa yang lama untuk proses publisiti dan melalui Jawatankuasa Bantahan Awam serta Jawatankuasa Perancang Negeri?

Tempoh yang dipersetujui adalah 8 bulan atau kurang, adakah ini memadai? Jika ‘Tidak’ kenapa anda berpendapat sedemikian?

Sejauh mana ia akan memberi kesan terhadap proses penyediaan RT secara keseluruhannya?

Adakah cara atau mekanisma yang lebih baik dapat dilaksanakan bagi memudahkan proses mendapat kelulusan tersebut?

Marilah kita bersama-sama berbincang bagi mengatasi isu ini dan buah fikiran anda semua amat dihargai.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.