Balkoni Juga Perlu Kawasan Hijau

Anda minat bertaman? Tetapi tiada kawasan untuk bertaman?  Itu bukanlah alasan kepada penghuni rumah bertingkat untuk tidak memiliki sebuah taman atau ruang hijau di rumah mereka.  Amat jarang sekali sebuah rumah tidak dihiasi dengan tanaman.  Sekurang-kurangnya ada sepasu pokok bunga mawar diletakkan di penjuru rumah.  Pasti seronok andai tanaman berbunga yang kita tanam tumbuh segar menghijau. Lebih seronok bila dapat bersantai di balkoni sambil menikmati keceriaan warna-warna bunga dan menghirup udara segar.

Namun, ruang balkoni terutamanya struktur binaannya perlu diberi perhatian utama sebelum menzahirkan taman impian.  Ia bertujuan untuk memastikan dead load yang mampu ditanggung oleh struktur balkoni tersebut.  Bagi penghuni kondominium dan pangsapuri, pelbagai cara dan kaedah penanaman boleh digunakan seperti vertical garden, window box, walled pot dan pasu gantung yang berupaya menyeri dan menghidupkan ruangan sempit di balkoni anda.  Antara tanaman yang sesuai ditanam ialah Hydrangea macrophylla, Nephrolepis exaltata, Centratherum Punctatum, Rosa spp.dan Petunia spp.

Walaupun banyak kaedah penanaman boleh diaplikasi, bertaman di balkoni pasti berhadapan dengan beberapa cabaran terutamanya pada ketinggian tertentu kerana kekurangan oksigen dan kekuatan tiupan angin yang berbeza berbanding kawasan rendah.  Oleh itu, bertaman di balkoni ataupun memiliki mini kawasan hijau memerlukan penjagaan rapi baik dari aspek penyiraman, pembajaan dan juga pemangkasan. Bagaimanapun, selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam dan tiada perubahan besar kepada struktur kediaman, balkoni boleh diperindahkan mengikut cita rasa pemilik.

 

Balcony-Garden-Pots-512x340

 small-apartment-balcony-garden-with-beautiful-decorations-balcony-gardens-prove-no-space-or-small-for-plants-1024x716

Adaptasi Majalah LAMAN.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.