Liberalisasi Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa

Liberalisasi atau pembukaan pasaran memberi pilihan yang lebih luas bagi barangan atau perkhidmatan kepada pengguna yang menyumbang kepada kepuasaan pengguna.  Kemasukan barangan atau pemberi perkhidmatan ke pasaran tempatan akan menyemarakkan persaingan dari segi reka bentuk yang lebih menarik atau teknologi yang lebih canggih.  Persaingan akan berupaya meningkatkan kecekapan dan mencergaskan inovasi dan kreativiti di kalangan pem,beri perkhidmatan di pasaran dan seterusnya akan merannsangkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Pada 14 November 2008, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meliberalisasikan sepenuhnya sektor perkhidmatan Profesional pada tahun 2012, bagi memenuhi komitmen Malaysia terhadap Perjanjian ASEAN mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan.

Perkhidmatan perancangan bandar merupakan sub sektor perkhidmatan yang  telah dikenal pasti bagi tujuan liberalisasi.  Selaras dengan itu, JPBD Semenanjung Malaysia bersama Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) bersetuju dan memandang serius kearah liberalisasi dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap dasar liberalisasi sektor perkhidmatan ptrofesional ini.

Sehingga kini Malaysia telah pun memberikan komitmen untuk meliberaliasikan perkhidmatan perancangan bandar dalam perjanjian-perjanjian berikut:

  1. ASEAN Framework Agreemant on Services (AFAS)
  2. ASEAN – Australia and New Zealand FTA
  3. Malaysia – Japan FTA
  4. Malaysia – Pakistan FTA
  5. Malaysia – New Zealand FTA

Di samping itu, beberapa rundingan kini sedang berlangsung melibatkan penawaran komitmen Malaysia dalam sektor perkhidmatan perancangan bandar termasuklah rundingan bersama negara Australia dan India.

JPBD selaku pengawal (custodian) kepada perkhidmatan ini memainkan peranan penting bagi memikul tanggungjawab menerajui, menyelaras dan pemberi perkhidmatan terbaik kearah proses liberalisasi agar mampu berdaya saing d peringkat global.

Di Malaysia terdapat 118 firma perunding perancang bandar dan lebih 80% daripadanya adalah firma-firma yang kecil dengan jumlah pekerja di bawah 10 orang.  Firma-firma ini menghadapi persaingan yang kuat untuik kekal bersaing di pasaran tempatan.  Industri tempatan ini perlu dibantu dan disediakan untuk menghadapi saingan daripada syarkat asing yang lebih kukuh.  Sehubungan itu, JPBD bersama LPBM sedang menyemak semua Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) dan mengkaji keperluan bagi mekanisme kawalan kemasukan pemberi perkhidmatan/perunding asing di samping mengenal pasti dan menganjurkan program-program latihan dan liputan pelanggan, penambahbaikan dan modenisasi, akreditasi dan penggabungan dalam usaha meningkatkan lagi kapasiti dan keupayaan pemberi perkhidmatan tempatan.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.