Gotong Royong dan Amalan 5S

Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

Gotong royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu; saling membantu ketika membuat sesuatu. Gotong royong telah menjadi amalan masyarakat di Malaysia dan melahirkan semangat kejiranan dalam aspek bantu-membantu. Amalan gotong-royong di pejabat pula dijalankan setiap tahun bagi mengemaskini dan mencantikkan ruang pejabat agar dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti seperti bersih, kemas dan rapi.

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori  oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S tersebut adalah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

SISIH – bermaksud Menyisih barang-barang yang tidak perlu; mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak perlu di tempat kerja secara sistematik. Contohnya, membuang sampah atau barangan yang tidak berguna lagi.

SUSUN – bermaksud Kekemasan: Menyusun secara kemas dan sistematik, barang yang diperlukan supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan. Contohnya, berupaya mendapatkan dokumen dalam tempoh 30 saat.

SAPU – bermaksud Pembersihan: membersihakan dan memeriksan tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja. Contohnya, tanggungjawab harian bagi setiap individu untuk membersihkan ruang dan peralatan kerja masing-masing.

SERAGAM Keseragaman: Mewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa. Contohnya, ruang penyimpanan peralatan dan dokumen yang  jelas.

SENTIASA AMAL – bermaksud Displin: Melatih pekerja untuk mengamalkan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi dalam merealisasikan 5S. Contohnya, amalan harian 5S oleh kaki tangan di dalam pejabat.

Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) melalui Jawatankuasa Kebersihan dan Keindahan turut mengadakan program gotong-royong pejabat yang menjadi acara tahunan dan ini juga sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA (5S)) yang bakal dilaksanakan pada tahun ini. Ini akan mewujudkan persekitaran pejabat yang kondusif dan budaya kerja kreativiti dan inovatif. EKSA (5S) adalah penjenamaan kepada amalan 5S yang telah diamalkan sejak tahun 2010 lagi.

Gambar suasana dan persekitaran semasa program gotong royong 2015.

Gambar Gotong Royong upload

Sumber Rujukan:

1. Laman portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my. Tarikh akses : 27 Januari 2015.

2. MAMPU (2010). Panduan Amalan 5S Sektor Awam. Putrajaya: MAMPU

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.