IPLAN and QGIS

Screenshot from 2015-03-26 09:36:57

Screenshot from 2015-03-26 09:39:38

Screenshot from 2015-03-26 09:49:32

Perisian QGIS yang digunakan dalam sistem I-PLAN bukan terletak diperingkat server tetapi diperingkat klien atau workstation. Untuk menguji kompatibiliti QGIS terkini dengan fail GIS rancangan pemajuan dari sistem I-Plan, saya telah menggunakan Linux Ubuntu QGIS Ver. 2.8¬† yang telah dipasang pada komputer pejabat saya. Lapisan gunatanah semasa bagi Bandar Baharu, Kedah yang telah dikemaskini dan transformasi dari unjuran peta Cassinni Soldner Negeri kepada Geocentric Datum Malaysia (GDM) 2000 diaktifkan lalu diguna bersama templat warna perancangan yang diwujudkan oleh kami berasaskan Manual GIS JPBD kedua. Semuanya berjalan dnegan baik. Kemudian, saya aktifkan Google Hybrid dan amat gembira kerana tidak “crash” kerana dalam versi dahulu, Google Hybrid perlu diaktifkan terlebih dahulu. Petetapan peta gunatanah tersebut tepat pada lokasinya dalam Google Hybrid kerana peta unjuran adalah sama. Selepas itu, saya mula aktifkan plugin view2street dan amat gembira ianya berfungsi dengan baik walaupun lapisan guntanah terletak antara cursor dan Google Hybrid. Saya terus putar alat pandangan view2street dan memerhatikan ianya berfungsi dnegan baik. Hebat! Saya pasti QGIS versi terkini ini akan amat membantu pengguna khususnya dari pihak berkuasa tempatan yang tidak ingin melawat tapak atas sebab-sebab tertentu kerana kemudahan¬† dan kombinasi QGIS, view2street dan Google Hybrid amat memberi keleselesaan kepada pengguna.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.