Penerokaan Kaedah Baru (UAV): Pembangunan dan Pemantuan Gunatanah

Unmanned Aerial Vehicle

Kebelakangan ini muncul banyak kaedah baru yang dilihat mampu membantu bidang perancangan bandar di dalam menambahbaik dan mempertingkatkan mutu penyediaan maklumat gunatanah negara secara keseluruhannya. Teknologi UAV merupakan perspektif baru di dalam bidang perancangan bandar di Malaysia yang mana penggunaanya rendah dan ada yang masih di peringkat percubaan. Teknologi ini di jangka mampu mengurangkan kerja-kerja lapangan. Dari segi kemampuan mata kasar, teknologi baru ini dilihat mampu mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi semasa kerja-kerja lapangan (survey) seperti masalah kawasan halangan dan berbahaya, tiada akses, jauh ke pedalaman dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, beberapa faktor perlu diteliti antara nya  ialah keupayaan kewangan, kemampuan infrastruktur sedia ada, kepakaran dan juga kesesuaian penggunaan teknologi baru ini di dalam bidang perancangan bandar di Malaysia.

Persoalannya adakah relevan teknologi UAV ini digunapakai di dalam bidang perancangan bandar di Malaysia? Sejauhmanakan ianya dapat membantu di dalam memperkasakan pembangunan maklumat gunatanah perancangan? Sejauhmakan JPBD mampu untuk menggunapakai teknologi ini sebagai medium di dalam pembangunan maklumat gunatanah perancangan?

Let’s talk on it …

  del.icio.us this!

5 Responses so far »

  1. 1

    kate winslet said,

    January 17, 2011 @ 1:15 pm

    UAV ini relevan digunakan untuk tujuan perancangan bandar di malaysia jika ianya di ‘built-in’ dengan teknologi multiresolution. Ini adalah kerana penghasilan imej UAV adalah dalam format JPEG dan bukan dalam bentuk “spectral signature”. Oleh yang demikian, analisis yang mendalam berkenaan dengan perubahan gunatanah tidak dapat dijalankan dengan tepat.

    Tambahan pula, teknologi UAV ini dilihat sangat ‘costly’ dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jika dibuat perbandingan antara kos dan praktikalnya, kedua2 aspek ini tidak selari memandangkan analisis gunatanah boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi yang lebih tepat dengan harga yang lebih murah seperti dengan penggunaan satelit remote sensing…

  2. 2

    terangbulan said,

    January 19, 2011 @ 12:21 pm

    Dari segi teknologi dan keupayaan, secara dasarnya UAV ini dilihat relevan untuk digunapakai di dalam bidang Perancangan Bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun, beberapa pertimbangan lain masih perlu ditelili bagi memastikan teknologi ini berada di tahap relevan yang diperlukan. Ini adalah kerana ianya belum boleh dianggap sebagai sesuai hanya kerana teknologi ini mempunyai kriteria relevan sahaja. Sejauhmanakan ianya mampu membantu bidang perancangan bandar di Malaysia berbanding kaedah-kaedah biasa yang digunapakai sebelum ini juga penting. Adakan penghasilan kerja sekadar sama ataupun mampu melebihi dari jangkaan juga harus dinilai.

    Pertimbangan awal berdasarkan kepada maklumat yang terhad berkenaan teknologi UAV ini mungkin boleh dijadikan asas kepada kesesuaian panggunaanya. Berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan, kerja-kerja pemantauan gunatanah di keluasan kawasan yang terhad dilihat sesuai menggunakan teknologi UAV. Maklumat yang diperolehi juga boleh membantu di dalam kajian-kajian berskala kecil yang lain seperti Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK), Kajian Profil Bandar, Inventori Pokok dan sebagainya. Ini adalah kerana produk daripada UAV ini mampu diperolehi dengan cepat berbanding imej-imej lain selain tidak perlu lagi kepada kerja-kerja lapangan yang memerlukan tenaga kerja untuk mengutip dan menyemak data dan maklumat di tapak.

  3. 3

    matpenang said,

    January 19, 2011 @ 12:24 pm

    Unmanned Aerial Vehicle (UAV)?… mungkin teknologi baru kut.. sebab tu ramai orang tak berapa tahu.

    Saya setuju dengan apa nama.. tu Kate Winslet..ni..orang putih ka?..tapi pandai Bahasa Malaysia dia.. he he he.

    Akan tetapi saya suka dengan semua teknologi baru. memang la kalau kita bercakap berkenaan kos.. kebanyakkanya berkenaan GIS ni mahal-mahal.. Pakar2 GIS kata ..Dont Talk About GIS if u dont have a money..betoi ka? tapi kita kena cakap jugak..sebabnya sebabagai orang yang terlibat dengan perancangan bandar kita adalah main user terhadap semua maklumat geospatial yang terhasil tak kira lah agensi mana develope atau guna teknologi apa.. kita kena sokong yang pada akhirnya kita juga mendapat faedahnya.
    Berbalik pada teknologi UAV ni masa hadir kat Seminar MapAsia tahun lepas ada juga jumpa expert2 yang dok bercakap tentang perkara ini.. secara perbandingannya tak silap saya UAV sama dengan RPV dan UAS semuanya kapalterbang/aircarft atau seangkatan dengannya yang tak dak pilot atau juruterbang..kecik ja kut. Tetapi ada perbagai jenis kalau ada duit boleh la JPBD beli sendiri tapi boleh ka?.. kena ada lesen kut, maintenance mcm mana pulak kalau canggih sangat dan kena ada profesional pegawai yang mengawalnya.. tetapi saya percaya malaysia boleh. Kalau kos yang dikelurkan tetapi boleh cover semua negeri kat Malaysia ni saya rasa tak banyak mana pun.. memang berbaloi .. bila lagi kita nak explore benda2 macam ni.. JPBD boleh..

    Ya..saya juga setuju Satelite Remote Sensing lebih murah… ada tetapinya juga… satelite tu bukan kita control.. cuba try cari tempat yang kita ada interrest dan nak data satelite image data pastu nak buat guna remote sensing berapa lama kita ambil masa.. dari start quotation sampai kita dapat data..mak oiii.. menderita lamanya.. dah tu bergantung la.. kadang ada awan.. dah tu bukan senang2 kita nak suruh capture kawasan kita nak.. dia mesti bagi lebih tak pun kurenggg he he he.

    Bayangkan kalau Teknologi UAV kita punya..kita beli kita maintain sendiri.. mana2, bila2 atau apa2 keadaan kita terbang dan go…. dan semestinya kita boleh value added lagi sesuai dengan keperluan JPBD mesti ada inovasi baru yang akan terhasil.. pendek cerita saya sokong la kalau JPBD nak dapatkan teknologi UAV nie..

    Banyak lagi nak cerita ni.. tapai masa suntuk..nak sambung buat kerja..

    *^*%% – Nak try letak camera kat Remote Helikopter yang isteri bila kat China hari tu.. mungkin lagi murah kalau cakap bab kos.. rasanya China dah guna UAV tapi dah advance dah apa…

  4. 4

    kate winslet said,

    January 21, 2011 @ 9:47 am

    Ermm.. Betul kata matpenang… Dont talk about GIS if u dont have money..
    Referring to my first comment, UAV is good but it is too costly.. But if u calculated by its cost and benefit (CBA), u will get the answer..

    Cepat dan pantas, itulah istilah yang lebih tepat untuk menggambarkan UAV ni sebab die boleh terbang bila2 masa dan di mana jua compared to sattelite.. However, it is worth it IF it is used together with multiresolution/multispectral technology (built-in) in order to provide an accurate land use analysis….

  5. 5

    Abuya said,

    January 21, 2011 @ 10:41 pm

    Saya setuju pandangan yang diutarakan oleh kate winslet dan matpenang.
    Kalau masalah teknikal / isu-isu yg dibangkitkan dapat diatasi, memang kita / JPBD boleh guna teknologi ini. Kita memang nak kan gambar yg terang, data yg jitu dan real.

    Penggunaan teknologi ini ketara bila melibatkan isu seperti bencana alam (cth banjir). Senario alam ini berlaku dalam sekelip mata dan akan pulih dalam beberapa hari… Apa teknologi yg kita ada untuk detect kaw banjir? Menteri nak map area kaw banjir, boleh kita sediakan? Banjir dah pulih, how to spot area banjir?

    So teknologi sebegini perlu dialukan dan perubahan teknologi dari masa ke semasa perlu diupdate dan diguna pakai…

    Umpama menggunakan perisian, biasa kita guna versi lama / outdated baru kita beralih ke versi terkini mengikut peredaran zaman… Jadi teknologi UAV pun mcm tu lah..

    Siapa sini pernah guna MS Office versi 3.11?
    Sekitar tahun 1992 je baru jumpa versi ne… After that
    MS Office 4.3 (1994)
    MS Office 97 (1996)
    MS Office 2000 (1999)
    MS Office XP (2001)
    MS Office 2003 (2003)
    MS Office 2007 – now tgh glamour (2007)
    MS Office 2010 – saya tak penah guna lagi (2010)

    Teknologi berubah….
    Perisian berubah… makin canggih…
    Cara kita bekerja?… Pun kena ubah lah!
    Ikut kepentingan negara dan kemudahan teknologi yg ada…

    Pas ne mungkin kita tak perlu keluar di site…
    Guna UAV to survey????

    Look Facebook
    Look Ipod, Blackberry
    Now, all this things make the way of our life different
    Our work?…..

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.