QGIS Open Source (Free Software) ??? …

Quantum GIS (QGIS) merupakan perisian GIS sumber terbuka (open source) selain dari perisian GIS berlesen seperti ArcGIS dan Mapinfo. QGIS terdapat dalam versi Windows, Mac. dan Linux. Versi stabil diperkenalkan pada tahun 2009 dan kini telah diupgrade ke versi (1.6). Tidak ramai yang mengenali dan mengguna perisian QGIS. Pandangan umum mengenai QGIS adalah tidak bagus namun demikian penjelasan yang kukuh terhadap QGIS sukar diberi jawapan. Apabila ditanya sama ada pernah mencuba perisian tersebut, jawapan secara spontan biasanya tidak pernah mencuba. Ini memberi implikasi persepsi negatif terhadap perisian tersebut dikalangan masyarakat umum. Perasaan prejudis ini diperkukuh lagi dengan perkaitan benda yang percuma adalah kurang bermutu berbanding benda yang perlu dibayar.

Sekiranya keupayaan QGIS dapat memenuhi keperluan kerja-kerja GIS seharian, kenapa tidak ianya digunakan? “Fungsi Asas QGIS” adalah didapati setanding dengan perisian GIS berlesen. Memang tidak dinafikan sesetengah modul analisis tambahan tidak terdapat didalam QGIS. Sama seperti perisian GIS berlesen, modul-modul tambahan perlu dibayar dengan kos yang tinggi bagi setiap pengguna. Berbanding QGIS, kos pembangunan modul (modul analisis) hanya dibayar sekali sahaja dan proses tranfer of technology tidak memerlukan sebarang kos sekaligus menjimatkan perolehan infrastruktur ICT (software dan hardware). Kenapa QGIS tidak di gunakan walhal ia nya percuma (kos minima) … ?

  del.icio.us this!

6 Responses so far »

  1. 1

    kate winslet said,

    January 17, 2011 @ 1:19 pm

    Tidak digunapakai sebab tiada promosi menyeluruh dibuat….. Dan mentaliti orang melayu yang takut dengan cabaran.. Takut untuk berhadapan dengan risiko untuk berubah ke perisian baru (terpaksa belajar semula dari awal…)

  2. 2

    Super-Moderator said,

    January 20, 2011 @ 4:36 pm

    Tiada promosi menyeluruh dibuat? JPBDSM telah mengambil initiatif memperkenalkan QGIS kepada komuniti Open Source pada The Malaysian Government Open Source Conference 2009, Putrajaya, 4-6.11.2009 anjuran MAMPU, kepada komuniti GIS pada The 4th National GIS Conference and Exhibition 2010, Putrajaya 28-29.6.2010 anjuran NRE dan kepada staf JPS dan KKM di sesi Technical Update masing-masing pada tahun lalu.

  3. 3

    Abuya said,

    January 21, 2011 @ 10:18 pm

    Maybe “Kate Winslet” sibuk berlakon, tu yg xtau.
    Xpe…
    Orang kata, bukan saya kata lah
    ” Tak kenal, maka tak cinta “…..

    So, kenal-kenal lah….

  4. 4

    Mohd Ali said,

    March 10, 2011 @ 5:44 pm

    Untuk kenali Quantum GIS sila layari http://www.myqgis.blogspot.com untuk berkongsi pengalaman.

    “SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS”

  5. 5

    Irman bin Ibrahim said,

    April 15, 2011 @ 11:12 am

    Mcm best jew software nie, bile nak buat training lagi, boleh saya join, untuk menambah pengetahuan ilmu…

  6. 6

    Abbas Abdul Wahab said,

    April 16, 2011 @ 11:06 am

    Satu mesra pengguna User Manual QGIS sedang dirancang pada 2011 oleh BMGN, insyallah, versi pdf akan di muatnaik ke Laman Web Townplan.

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.